Saturday, June 10, 2017

Jobdirumah - Bina karier sebagai seorang Freelancer atau pekerja bebas dari rumah


Anda dah dapatkan Panduan Jobdirumah ke belum? 


Kalau masih belum dapatkan lagi, bolehlah dapatkan sekarang ini


Sekarang ni, pihak Kliks Solution sedang mengadakan promosi sempena Hari Raya 2017. 


Ia dijual dengan harga diskaun, yang pada saya, ianya tidak begitu mahal. 


Lebih kurang macam nak beli kad topup je harganya. Cuma bezanya kalau kita pakat beli kad topup, lepas habis guna, kita kena beli lain. 


Tapi kalau guna duit tu untuk dapatkan ilmu baru, iaitu ilmu buat duit dari rumah, kemudian anda praktikkan pula ilmu tu, In Shaa Allah lepas ni lebih banyak kad topup yang anda boleh beli. 


 
Anda serius nak tau, apa benda sebenarnya Program Jobdirumah ni? 

Sebelum ini, untuk join program ini, peserta perlu membayar sejumlah wang pendaftaran sebanyak RM50. 


Ada satu ketika, bayaran pernah dinaikkan kepada RM100. 


Selepas tu bayaran penyertaan diturunkan kembali kepada RM50 dan sebelum-sebelum ini, harganya pernah dinaikkan sekali lagi menjadi RM80. 


Tetapi, bersempena dengan kempen promosi raya ini, anda tidak perlu bayar semahal tu. 


Hanya perlu sediakan RM30 sahaja


Ada RM30, anda dah boleh sertai.



Ini masa terbaik untuk mengetahui dengan lebih details apa yang terkandung dalam modul-modul yang disediakan dalam Program Jobdirumah ni. 


Membina karier sebagai seorang Freelancer atau pekerja bebas dari rumah!

Dulu, saya juga seringkali tertanya-tanya, macam mana ada sesetengah orang tu boleh dapat bayaran upah yang lumayan hanya dengan bekerja dari rumah? 


Apa yang mereka lakukan? 


Saya mula kaji setiap freelancer yang saya kenali. 


Mereka ini sama ada terdiri daripada seorang pereka grafik, seorang penulis, seorang pekerja data entri dan sebagainya. 


Dari macam-macam list yang saya temui, saya rasa yang paling dekat dengan jiwa saya adalah menjadi seorang penulis. 


Saya memang tak pandai dan tak kreatif. Jadi memang tak sesuai kalau nak jadi pereka grafik. Lagipun, nanti kena belajar banyak benda baru pulak. 


Belajar photoshop la, belajar illustrator dan macam-macam lagi software untuk buat kerja-kerja design. Oh... minta maaf, saya memang tak cukup rajin nak buat semua tu. 


Kemudian, satu lagi contoh adalah kerja data entry


Memang sesetengah kerja data entry tu, ia memang tak boleh dipercayai. Ada yang scam semata-mata. Namun ada banyak juga kerja data entry yang memang boleh dipercayai dan legit. 


Masalahnya ialah, saya tak suka dengan kerja-kerja masukkan data macam tu. 


Saya akan cepat mengantuk. Bila mengantuk mulalah akan jadi cuai. Bila dah jadi cuai, faham-faham je la kualiti kerja yang akan dihasilkan tu macam mana. 


Lagi satu, saya rasa saya ni tak begitu pantas dalam kerja-kerja menaip. 


Upah yang dibayar untuk kerja data entry juga sebenarnya tidaklah begitu tinggi. Untuk upah yang begitu rendah, kemudian kerjanya banyak... haha memang saya tak minatlah nak buat kerja-kerja macam tu. 


Seterusnya.... 


Fuh kerja sebagai penulis


Sebelum tu, saya nak bagitahu jugak ni, yang Aqif Azizan ada ajar cara macam mana nak buat duit dengan menulis. 

 

Jika anda minat nak dalami ilmu penulisan yang boleh mendatangkan duit, anda boleh terus ke laman web ini ya. 


Jadi saya pun memilih untuk jadi penulis. 


Tahukah anda, kat luar sana memang terdapat permintaan terhadap kerja-kerja penulisan


Ada macam-macam cabang. 


Saya akan senaraikan serba sedikit disini ya. 

1. Menulis buku novel atau buku cerita 
2. Menulis untuk majalah 
3. Menulis untuk sosial media
4. Menulis untuk laman web 
5. Menulis untuk blog sama ada blog sendiri atau blog orang lain 
6. Menulis artikel tentang topik tertentu kemudian jual 
7. Menjadi penulis ghost writer 


Saya percaya, senaraian ini tidak terhenti hanya setakat apa yang saya nyatakan kat atas tu sahaja. Memang ada banyak lagi cabang. 


Untuk buat duit cepat, saya menjadi seorang penulis artikel advertorial


Saya pernah terbaca, seorang penulis artikel advertorial boleh menerima bayaran sehingga RM5,000 - RM10,000 untuk satu artikel yang dihasilkan! 


Gila r.... 


Mahal tu. 


Saya pun mula pasang angan-angan untuk dapatkan income sehebat tu. Tak lama lepas tu, saya dikejutkan oleh realiti yang cukup kejam. 


Bukan mudah nak dapatkan klien yang sanggup dan percaya untuk bayar jumlah sebegitu besar. 


Pengalaman saya sendiri, saya pernah tidak dibayar apa-apa untuk menulis iklan advertorial. Saya bagi servis percuma sebagai inisiatif untuk mempromosikan khidmat advertorial yang saya tawarkan pun tak ada orang nak cuba. 


Kemudian, saya pernah tawarkan kadar bayaran serendah RM5... Kalau ikutkan memang tak berbaloi la. Kerja dia banyak, makan masa yang panjang, tapi cuma dapat bayaran RM5 sahaja untuk satu artikel. 


Tapi bila buat macam tu, saya mula dapat job advertorial yang bernilai besar. 


Mula datang job berharga RM20, RM50 hinggalah beratus-ratus ringgit nilainya untuk menulis artikel. 

    

Kalau dulu saya memang tak sangka dan tak percaya boleh dapat income seperti itu hanya untuk bekerja dari rumah dan menulis artikel. Tapi bila dah nampak kat mana peluangnya, In Shaa Allah saya akan teruskan dan akan buat yang terbaik.


Setiap pengalaman yang saya lalui ini, sudah tentu ada permulaannya. 


Saya bermula dengan menulis blog untuk suka-suka. Kemudian saya belajar dari Panduan Jobdirumah dan dari situ saya mula nampak, bahawa ada potensi yang besar kalau nak jadi freelancer atau pekerja bebas di Malaysia ni. 


Cuma kena pandai cari peluang dan kena cepat dapatkan klien.  


Kalau dulu saya tak join Jobdirumah, mungkin saya tak akan berada pada kedudukan dan tahap saya sekarang ni. 


Kalau anda menyangka dengan join Jobdirumah, anda akan dapat duit mudah, itu dah salah.    


Tapi kalau niat anda adalah untuk belajar ilmu bekerja dari rumah, kemudian nak mula bina karier sebagai seorang freelancer (yang dah tentu akan perlukan masa) maka disinilah permulaannya. 


Sepanjang perjalanan, anda mungkin akan dapati, ada banyak rupanya perkara yang anda tak tahu atau belum tahu. Anda juga mungkin akan perlu banyak melabur untuk diri anda. 


Namun pastikan la pelaburan tersebut adalah sesuatu yang berbaloi. Macam anda melabur untuk dapatkan panduan ini. 


Hari ini melabur RM30 untuk dapat ilmu. 


Kemudian esok-esok anda dapat job yang bernilai RM700. Kan banyak dan besar juga tu pulangannya.  


Jadi, fikir-fikirkanlah dan buatlah keputusan yang terbaik ya. 

Klik sini untuk join Jobdirumah 
Klik sini untuk sertai Jobdirumah 
Klik sini bagi menjadi ahli Jobdirumah 


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...