Sunday, April 2, 2017

Bro, you kerja apa?


Ini soalan wajib yang saya perlu jawab setiap kali saya join mana-mana sesi gathering


Tak kiralah, sama ada gathering tersebut bersempena dengan kenduri kahwin, hari raya, atau apa-apa sesi gathering


Soalan tu memang sangat membosankan. 


Saya tak ingat, entah dah berapa kali saya jawab, saya kerja sebagai freelancer.

kerja-sebagai-freelancer


Saya suka dengan kerja saya sekarang ini. 


Saya boleh kerja pada bila-bila masa yang saya suka. Saya boleh bercuti setiap hari kalau saya mahu. 


... dan kalau saya nak bekerja setiap masa juga tak ada masalah. 


Jadual saya, saya sendiri yang tetapkan dan saya sendiri yang atur. Saya tak terikat dengan jadual kerja 9 pagi hingga 6 petang, seperti yang saya pernah lalui sebelum ini masa bekerja sebagai seorang executive dulu. 




Semua ini, sedikit sebanyak adalah bermula dari panduan Jobdirumah yang saya pernah beli dulu. Kalau bukan sebab panduan ni, mungkin sampai sekarang saya masih tak tau dan tak jelas dengan konsep bekerja dari rumah ni.

buat-duit-bekerja-dari-rumah


Kalau melihatkan pada situasi semasa, masih banyak lagi syarikat-syarikat besar mahupun yang bersaiz sederhana belum sedar tentang kelebihan mengupah freelancer dalam aktiviti harian syarikat. 


Negara kita ni memang agak lambat. 


Hari ni, tahun 2017 perkembangan kita setakat ini hanyalah pada pelancaran program affiliate bagi syarikat-syarikat yang ingin bersaing dengan lebih baik di pasaran. 


Untuk syarikat-syarikat besar mengupah freelancer bagi bekerja on project basis memang masih agak kurang. 


Jadi, kalau nak jadi freelancer kat Malaysia ni, kenalah pandai-pandai sendiri dapatkan mana-mana usahawan yang sesuai untuk dapatkan khidmat dari kita. 


Setakat ini, saya dah bekerjasama dengan usahawan ecommerce yang menjual barangan terpakai secara online, usahawan yang membuka perniagaan ebook, usahawan yang menjalankan perniagaan homestay, usahawan yang menjalankan perniagaan pusat rawatan dan sebagainya. 


Mungkin satu hari nanti, peluang kerja sebagai freelancer akan datang dengan sangat banyaknya. 


Tapi buat masa ini, prosesnya adalah untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan usahawan bahawa konsep mengupah freelancer adalah salah satu kaedah yang berkesan untuk bantu mereka meningkatkan pendapatan perniagaan yang dihasilkan.  


Kerjaya sebagai freelancer ni ada banyak cabarannya. 


Saya tak galakkan anda terus mula bekerja sebagai freelancer secara fulltime. 


Mula dengan part time dulu. Bina kredibiliti, bina portfolio dan dapatkan dulu pengalaman. 


Setelah anda betul-betul yakin yang bidang ini memang boleh bagi anda duit, bagi anda masa dan cara kerja serta cara hidup yang anda inginkan, barulah buat keputusan yang drastik untuk buat full time.   


Macam manapun, kita kena bermula dari sekarang. 


Kita tak tau, apa akan jadi dimasa akan datang. Adakah baik atau sebaliknya. Bagi saya, pilihan untuk bekerja dari rumah ini adalah usaha bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang kita sendiri tak tau.


Ok la.. kalau anda belum join Jobdirumah lagi, bolehlah berbuat demikian dengan menekan klik pada pautan ini.





  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...