Sunday, April 2, 2017

Bro, you kerja apa?


Ini soalan wajib yang saya perlu jawab setiap kali saya join mana-mana sesi gathering


Tak kiralah, sama ada gathering tersebut bersempena dengan kenduri kahwin, hari raya, atau apa-apa sesi gathering


Soalan tu memang sangat membosankan. 


Saya tak ingat, entah dah berapa kali saya jawab, saya kerja sebagai freelancer.

kerja-sebagai-freelancer


Saya suka dengan kerja saya sekarang ini. 


Saya boleh kerja pada bila-bila masa yang saya suka. Saya boleh bercuti setiap hari kalau saya mahu. 


... dan kalau saya nak bekerja setiap masa juga tak ada masalah. 


Jadual saya, saya sendiri yang tetapkan dan saya sendiri yang atur. Saya tak terikat dengan jadual kerja 9 pagi hingga 6 petang, seperti yang saya pernah lalui sebelum ini masa bekerja sebagai seorang executive dulu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...