Tuesday, August 2, 2016

Pekerja berkemahiran diperlukan bagi mengisi kekosongan jawatan sebagai pekerja part time dari rumah


Saya dah beberapa tahun terlibat dengan kerja-kerja dari rumah. Kalau cerita dari segi pengalaman bekerja dari rumah, boleh kata ada la sikit-sikit yang saya rasa boleh dikongsikan dengan rakan-rakan pembaca dan pelawat sekalian. 


Ada sesetengah orang, dia salah anggap tentang cara kerja dari rumah ni. Mungkin sebab dia fikir, bila kerja tu boleh dilakukan hanya dari rumah, bermakna kerja-kerja yang ada tu semua senang-senang. 


Ha... untuk individu yang macam ni, suka untuk saya nyatakan kat sini... Anda dah silap besar! Jangan fikir yang bekerja dari rumah tu mudah ye. Sebenarnya kalau nak diikutkan, kerja dari rumah dengan kerja dekat pejabat sama je tahap kesusahannya. Dua-dua adalah kerja. Dua-dua ada cabarannya. Jadi jangan anggap benda ni satu benda yang mudah. 


Hanya sebab kerja-kerja tersebut boleh dilakukan dan boleh disiapkan dari rumah, tak bermaksud yang ianya mudah ok. 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah


Anda masih tetap perlukan kemahiran tertentu untuk berjaya dapat kerja tu dan berjaya nak siapkan kerja tersebut. Hanya inidividu yang berkemahiran sahaja yang akan dengan mudah dapat kerja. 


Now... cubalah anda tanyakan pada diri anda sendiri. Apa dia kemahiran yang anda miliki? Kemudian, tanyakan semula, adakah kemahiran yang anda miliki tu mempunyai nilai yang dicari-cari dan diperlukan oleh orang lain, sehingga orang tersebut sanggup nak ambil anda sebagai pekerjanya? 


Fokus pada kata kunci "pekerja berkemahiran". Jika anda betul-betul serius nak bekerja dari rumah. 


Sekarang saya nak kongsikan kepada anda pula, antara contoh-contoh kerja dari rumah yang agak popular yang terdapat di internet. Ianya adalah seperti 



(1) Juru taip 

Anda perlu mempunyai kemahiran menaip dan mempunyai kepantasan dalam melakukan kerja-kerja seperti ini. Selain itu, anda juga perlu sangat berhati-hati supaya tidak melakukan kesalahan ejaan. 


(2) Designer 

Anda perlu ada kemahiran melakukan kerja-kerja design, kreatif dan pandai menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Illustrator dan sebagainya. Kerja sebagai designer ternyata mempunyai banyak permintaan! 


(3) Copy writer 

Tugas seorang copywriter lazimnya ialah buat iklan bagi pihak majikan. Iklan tersebut adalah dalam bentuk artikel. 


(4) Translator 

Atau dalam bahasa melayu, kerja sebagai jurubahasa atau tukang alih bahasa. Untuk memudahkan anda bekerja, anda perlu menguasai sekurang-kurangnya dua jenis bahasa. 


(5) Social Media Manager 

Kerja seperti ini nampaknya tak ada la susah sangat. Tapi anda kena mempunyai pengetahuan yang baik dalam penggunaan akaun social media seperti facebook, twitter dan instagram. Kerjanya adalah balas mesej dan juga balas komen. 


(6) Data entry 

Kalau kerja data entry ni pulak biasanya akan digabungkan dengan kerja-kerja research atau data mining. Anda kena tahu macam mana nak cari maklumat di internet menggunakan search engine macam google misalnya. 


(7) Transcribing 

Ini istilah bahasa Inggeris. Kerja jenis ini anda perlu dengar rakaman suara, sama ada perbualan telefon atau ceramah dalam bahasa tertentu. Kemudian anda dikehendaki untuk menulis kembali dalam bentuk ayat apa yang diperkatakan. Kiranya anda kena kuasai bahasa tertentu dan kena tahu macam mana nak eja sesuatu perkataan.  


Kalau anda mempunyai kemahiran-kemahiran macam yang saya sebutkan kat atas ni, peluang untuk anda dapat isi kekosongan pekerjaan secara online memang cerah. 


Ada ramai majikan yang perlukan perkhidmatan individu macam anda. 
 

Kalau anda tak tau macam mana nak bermula, setelah mengetahui tentang info ni, bolehlah belajar dari laman web ini.


Muat turun panduan tersebut dan terus belajar macam mana nak mula jadi seorang pekerja sambilan dari rumah.  
 

 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...