Thursday, March 17, 2016

Kerja dari rumah sebenarnya bukannya begitu mudah


Jangan ada yang tak tau, yang sebenarnya bekerja dari rumah ni pun menuntut kesabaran yang sangat tinggi jugak sebenarnya ye.. 


Pertama sekali, kalau anda memang langsung tak tau apa-apa tentang bekerja dari rumah, dah tentu anda kena belajar dulu. Anda mungkin boleh tanya-tanya orang, macam mana nak bekerja dari rumah? 


Apa benda nak kena buat? Tapi... anda kena tau, setengah orang di cukup malas nak layan soalan-soalan macam ni. Macam la dia tak ada kerja lain nak dibuat daripada nak layan soalan-soalan yang sebenarnya jawapannya boleh didapati di laman web jobdirumah ni.


Kalau saya, jujurnya saya pun malas nak layan. Bukannya saya tak nak tolong anda, sebaliknya anda kena tolong diri anda sendiri terlebih dahulu sebelum nak mintak tolong kat orang lain. 


Setidak-tidaknya anda kena bersedia dengan segala info, atau sekurang-kurangnya mestilah dah habis baca apa yang ditulis dalam laman web jobdirumah tu. Dah baca ulang-ulang kali dan dah cuba fahamkan. 


Ini tak... baca cukup PEMALAS, tapi rajin pulak nak tanya orang. Apa, awak ingat orang yang awak tanya tu, nanti akan jawab dengan cara buat video khas untuk awak ke? Dia pun kena taip jugak, dan akhirnya awak kena baca jugak.


Itu baru peringkat pertama. Iaitu dapatkan bahan ataupun training material yang anda boleh pelajari darinya. 


Seterusnya untuk belajar. Oh tak ramai yang cukup bersabar untuk belajar. Taunya nak skip skip skip. Akhirnya, masa yang diperuntukkan untuk belajar tu jadi sia-sia. 


Apa? Anda ingat bila anda skip-skip tu, anda akan faham semua? Mana anda tau, part yang anda skip tu la sebenarnya part yang paling penting sekali. 


Kalau nak skip boleh, namun kena pastikan ketika buat pembacaan kali pertama tu, kena baca semua sekali. Bila dah tau secara keseluruhan, artikel tersebut tentang apa, bacaan kali kedua dan seterusnya tu barulah boleh skip. Hanya fokus pada bahagian yang kita masih belum betul-betul faham. 


Bila tiba untuk mula bekerja. Ada orang fikir, dia boleh terus mula bekerja walaupun ilmu masih belum cukup penuh di dada. Saya percaya, anda akan stuck kat bahagian ini. Lebih-lebih lagi kalau anda bukannya jenis yang penyabar. 


Rupa-rupanya setiap majikan meletakkan syarat yang berbeza dan leceh pulak tu... 



Masa untuk menyiapkan tugas. Soalan: Adakah anda mempunyai kemahiran untuk menyiapkan tugasan tertentu? 


Tahukah anda, kerja-kerja data entry juga adakalanya boleh jadi kerja yang sangat leceh dan menyusahkan! 


Cakap pasal data entry ni... itu belum lagi kita masukkan unsur-unsur persaingan yang sangat banyak tu. Rasanya macam satu dunia bersaing untuk dapatkan kerja yang satu. 


Upahnya bukan banyak mana pun. 


Tapi mungkin sebab kerjanya tu mudah, jadi ramailah yang berebut untuk dapatkan job tu. 


Aish... entah lah. 


Itulah... sebenarnya bekerja dari rumah ni bukannya mudah mana. Siapa yang rasa kerja dari rumah ni senang, tanpa anda sendiri lalui pengalaman bekerja dari rumah, anda telah ditipu oleh diri anda sendiri sebenarnya. 


Ok la... anda minat nak belajar dengan lebih mendalam tentang topik ini? 


Klik sini untuk belajar ya. Klik sekarang tau! 


 




 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...