Thursday, December 3, 2015

Kali ini tambang LRT dengan KTM pula naik harga!


Minggu ni, ada berita yang kurang best. Alkisahnya, kadar tambang untuk perkhidmatan LRT telah pun dinaikkan. 


Dari pembacaan saya buat di laman web sinar harian, kadar baru untuk perkhidmatan LRT yang perlu dibayar oleh para penumpang ialah mengikut kadar "empat kilometer pertama, penumpang LRT akan dikenakan 30 sen per kilometer perjalanan."


Sebelum-sebelum ni memang pernah dengar jugak, kononnya akan ada tambang yang akan naik, dan akan ada yang turun. Saya nak tau jugak, kat celah mana yang tambang jadi turun tu? Kalau setakat perjalanan dari satu stesen ke stesen seterusnya yang turun, alahai berapa sen sangat la.


Yang bestnya, pas bulanan untuk LRT dihapuskan siap-siap.


Satu pagi tu, orang rumah saya nak renew pas bulanan, alih-alih staf kat kaunter bagitau yang pas bulanan dah tak ditawarkan lagi. 


Pandai la. Rupa-rupanya nak naikkan harga. 


Bukan sikit ye. Kenaikkan dari segi kos perjalanan boleh meningkat sampai ke 100%. Mau tak mengamuk. 


Kos hidup meningkat setiap bulan! 


Bermula dengan kos petrol yang setiap bulan akan ada perubahan.  Awal bulan baru kita akan tau, sama ada harga akan naik ke, atau akan turun. 


Sebenarnya tak perlu terlalu berharap pun minyak akan turun harga.  


Lepas tu naikkan pulak tol. Padan muka siapa yang kalau nak pergi kerja kena lalu jalan yang banyak tol. Duit gaji habis untuk bayar tol je. 


Baru-baru ni... kos untuk pengangkutan awam pulak naik. Lepas ni apa lagi yang nak naikkan harga?


Kita pilih untuk naik pengangkutan awam, konon-kononnya nak jimatkan belanja untuk pengangkutan, alih-alih tambang pengangkutan awam pun naik harga. Lepas ni, orang-orang kaya je yang boleh naik public transport. Yang miskin tu kena berbasikal atau jalan kaki je nampaknya. 


Kerja dari rumah kalau tak nak terbeban dengan kos pengangkutan?


Sayangnya, bukan semua orang ada pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dari rumah. 


Salah satu sumber untuk pelajari cara-cara untuk bekerja dari rumah ialah dengan mendapatkan Panduan Jobdirumah

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah
  

Panduan ini bakal mengajar anda cara-cara untuk bekerja dari rumah menjadi seorang freelancer. 


Mungkin, anda tak akan dapat gaji atau income sehingga RM3,000 - RM5,000 setiap bulan sama seperti gaji yang anda nikmati sekarang, tetapi, apabila mengambil kira penjimatan yang anda boleh nikmati, seperti 

1. Tak perlu keluar belanja untuk petrol


2. Tak ada tol


3. Tak perlu bayar parking


4. Tak perlu risau kenderaan kena saman, terdedah dengan kemalangan, maintenance dan sebagainya

Saya percaya, jika anda berjaya dapat hasilkan pendapatan sehingga RM2,000 setiap bulan juga ia masih baik.  Kesemua ini anda boleh gunakan dengan sebaik-baiknya, berbanding kalau duit terpaksa di salurkan untuk bayar minyak, tol, parking dan sebagainya.


Seolah-olah macam kita ni bekerja untuk orang lain. 


Kalau asyik macam ni setiap bulan, boleh ke kita jadi orang kaya? Atau mungkin selama-lamanya akan terus jadi hamba alaf baru macam ni. 


Kita susah payah kerja, orang lain yang seronok dapat hasilnya. 


Sekarang ni semuanya terpulang pada kita. Soal survival, terserah pada kita sama ada nak terus berusaha atau nak putus asa. 


Satu masa dulu, saya ikhtiar dengan cara bekerja dari rumah. Kini saya mula dapat hasilnya. 


Giliran anda pula. 


Dapatkan panduan ini disini




  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...