Wednesday, December 9, 2015

Dapat bayaran sebanyak RM95 daripada Sistem Autoresponder Emelmatik


Buat sesetengah orang, RM95 mungkin bukanlah banyak mana. Namun bagi saya, ia besar maknanya. 


Atas ni ialah bayaran yang saya perolehi menerusi program affiliate yang dianjurkan oleh pihak sistem autoresponder emelmatik.


Ya 


Untuk menjayakan perancangan saya untuk hidup selesa dengan bekerja hanya dari rumah, saya perlu extra rajin dan extra kreatif. Ada masa-masa tertentu, saya kena belajar untuk jadi seorang genius, walaupun pada hakikatnya saya bukannya genius sangat. 


In fact, sebenarnya saya kena usaha dengan lebih keras dan lebih gigih lagi untuk dapatkan lebih banyak hasil yang lebih membanggakan. 


Formula yang saya amalkan mudah sahaja. 


Dalam mana-mana program affiliate yang saya join, saya target untuk dapatkan at least RM100 setiap bulan.


Bermakna, untuk dapat sekurang-kurangnya RM2,000 setiap bulan, formulanya mudah sahaja. Hanya perlu pastikan saya dapat join 20 buah program affiliate yang berbeza dan setiap program affiliate membayar saya sekurang-kurangnya RM100.


Maka dengan ini, tercapailah misi dan hasrat saya! 


Betul tak?


Well... secara teorinya memang boleh dicapai. Namun sayang, ada ketikanya realiti tidaklah seindah dan seiring dengan teori. 



Ada banyak juga perkara yang akan mengganggu kita daripada berjaya capai apa yang kita mahukan. 


Misalnya... sifat MALAS. 


Terus terang saya katakan, untuk saya perolehi bayaran daripada program affiliate sistem autoresponder emelmatik ini juga bukanlah suatu tugasan yang mudah. 


Saya perlu usaha keras untuk menghasilkan banyak artikel-artikel promosi dan pemasaran. Lebih-lebih lagi bila saya gunakan kaedah promosi menggunakan Teknik SEO. Memang kena hasilkan banyak artikel. 


Tapi... 


Disebabkan adanya penyakit M, maka bilangan artikel promosi yang siap dan yang berjaya dihasilkan pun tidaklah sebanyak mana. Aduhai... 



Mungkin... saya boleh dapat lebih banyak daripada ini kalau saya rajin sikit... 


Apa pun, saya anggap bayaran ini sebagai satu permulaan kepada masa depan yang membanggakan. Lepas ni, In Shaa Allah, saya akan usahakan dengan lebih baik lagi untuk dapatkan lebih banyak hasil. 


Doakan saya berjaya ya. 


Oh by the way, sistem autoresponder emelmatik ni adalah salah satu sistem autoresponder yang memang saya sendiri gunakan dalam kempen-kempen pemasaran saya.

http://www.sabreehussin.com/emelmatik



Ia memang TERBUKTI membantu saya untuk dapat hasil yang agak lumayan dalam pemasaran online. 


Jika anda juga adalah seorang usahawan yang bergerak aktif secara online, saya percaya anda juga perlukan sistem ini. 


Klik sini ye untuk dapatkan akaun autoresponder emelmatik anda secara percuma. 


     



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...