Thursday, December 10, 2015

Autoresponder PERCUMA dan berkualiti dari Malaysia


"Kalau nak bekerja dari rumah ni, perlu tak ada sistem autoresponder?" 


Tanya Syuib, seorang mekanik yang berminat nak bertukar profesion kepada seorang freelancer yang bekerja hanya dari rumah. 


Satu proses hijrah yang agak besar kalau tanyakan kat saya. 


Apa pun, sebelum nak jawab sama ada perlu atau tidak memiliki sistem autoresponder, ada baiknya kita fahamkan dulu apa sebenarnya kegunaan sistem autoresponder ni. 


Selagi kita masih belum faham, apa kegunaan sistem autoresponder ni, maka selagi tu la kita akan jadi berbelah bahagi sama ada nak guna sistem ni atau tidak. 


Baiklah, dalam post saya sebelum ni, saya pernah ceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada sistem autoresponder emelmatik. Anda boleh klik untuk baca ya. 


Sesuai dengan tajuk artikel pada kali ni, iaitu sistem autoresponder percuma dari Malaysia, jadi saya akan bincangkan perihal tentang sistem autoresponder emelmatik. 

http://sabreehussin.biz/kelebihan-dan-keistimewaan-sistem-autoresponder-emelmatik-yang-anda-mungkin-tak-sedar/



Buat masa ni, ini je la autoresponder yang kita boleh guna secara percuma.


Fungsi sistem autoresponder yang berguna untuk anda jika anda ingin bekerja dari rumah. 


Pertama, kumpul leads ataupun kumpul senarai nama prospek

Jika anda nak bertahan lama apabila bekerja dari rumah, anda perlu mula fikirkan cara bagaimana nak kumpul leads ataupun senarai prospek. 


Sama ada anda nak gunakan fungsi percuma yang disediakan oleh FB, iaitu FB Group ataupun guna sistem autoresponder. 

 
Pada saya, kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri. Gabungkan sahaja kedua-duanya untuk hasil yang lebih menakjubkan. 
 

Kedua, sistem database 

Kini anda dah ada senarai nama dan alamat emel prospek. 


Dengan bantuan sistem autoresponder ni jugak, anda boleh asingkan nama-nama prospek ni mengikut jenis dan kategori. Ala-ala bina database gitu.


Contohnya, nama sekian sekian adalah database untuk penggemar kek coklat. Jadi, setiap kali kita nak promosikan produk yang ada kaitan tentang kek coklat, kita cuma promosikan kat database yang ni sahaja. 


Manakala untuk nama-nama lain, kita beri ia nama sebagai database perniagaan internet. Jadi, setiap kali ada offer-offer terbaru mengenai peluang untuk buat duit hanya dari rumah, kita hanya promosikan pada database ini sahaja. 


Dengan kaedah pengasingan ini, barulah kebarangkalian untuk kita berjaya dapat sales akan dipertingkatkan.  


Ketiga, boleh setup untuk hantar emel kepada prospek secara automatik 

Ada masanya kita tak akan sempat nak hantar emel kepada prospek kita satu per satu. Untuk peringkat awal, mungkin kita boleh buat. Tapi lama kelamaan, ianya adalah suatu yang agak mustahil. 


Bayangkan bila kita dah mula ada 5,000 orang prospek. Tak kan nak hantar 5,000 emel satu per satu kot...
 

Keempat, boleh hantar emel promosi pada bila-bila masa 

Ini fungsi yang paling best sekali. Sebab bila kita boleh hantar emel pada bila-bila masa secara pukal pulak tu, senang kita nak promosikan tawaran-tawaran baru terus ke inbox emel prospek kita. 


Kelima, boleh jadi sistem buat duit 

Orang putih kata, the money is on the list


Siapa yang ada banyak senarai emel, dia la yang paling tinggi peluang nak buat duit. 


...and some more, kalau anda nak tau, emelmatik juga ada tawarkan sistem affiliate. Saya pun baru sahaja dapat bayaran dari emelmatik baru-baru ni. 

 
Boleh baca kat sini jugak
 

Memandangkan sistem autoresponder ini menawarkan pelan penggunaan percuma selama 365 hari, jadi anda tak perlu risau tentang risiko penggunaannya. 


Manfaatkan sepenuhnya penggunaan secara percuma ni. 


Dari pengalaman saya sendiri, walaupun guna secara percuma terlebih dahulu, kita masih lagi boleh buat duit. Tak perlu risau sangatlah. 


 



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...