Friday, December 11, 2015

Terima bayaran komisyen sebanyak RM175 dari Jobdirumah


Untuk bulan Disember 2015 ni, Alhamdulilah, sekali lagi usaha saya melakukan kerja-kerja promosi untuk program Jobdirumah membuahkan hasil.


Buat eksperimen sana sikit. 


Buat eksperimen sini sikit. 


Facebook? Adalah satu laman media sosial yang saya akan lari jauh-jauh kalau saya nak promosikan program latihan ni. 


Saya mempunyai satu firasat yang mana kalau saya gunakan Facebook untuk promosikan program latihan Jobdirumah ni, belum tentu saya akan berjaya dapat sebarang hasil. Mungkin... satu sen pun tak akan berjaya dihasilkan. 


How about buat paid advertising? Pernah terfikir jugak, tapi cepat-cepat saya lupakan je semua tu. 


Tak nak la keluarkan sebarang modal untuk promosikan program ni. Saya prefer untuk guna cara tradisional untuk promosikan program ni... dan hasilnya... 

http://www.sabreehussin.com/komisyen-affiliate-jobdirumah-december-2015/


Hasilnya, pada bulan Disember ni, saya menerima bayaran sebanyak RM175


Kejayaan itu perlu diraikan. Tak kiralah walau sekecil manapun kejayaan tersebut. 


Paling penting, kena bersyukur. Moga-moga dengan mensyukuri nikmat yang dikurniakan ni, saya akan diberi ganjaran yang lebih banyak lagi di masa akan datang. 



Nak tips? 


Baca ebook ni dan fahamkan. Tanpa ada selindung-selindung.


Semua yang saya tau mengenai affiliate. Semua yang saya buat untuk jana pendapatan dengan program affiliate. Semua yang saya lakukan untuk buat duit, dah pun saya kongsikan dalam ebook tu. 


Baca, fahamkan dan buat.


Saya masih buat seperti mana yang saya kata saya buat, dan sebab itu, saya masih lagi terima bayaran untuk program-program affiliate yang saya sertai. 


Berkenaan dengan Jobdirumah pulak. Anda boleh klik sini kalau masih belum pernah baca.   




  

Thursday, December 10, 2015

Autoresponder PERCUMA dan berkualiti dari Malaysia


"Kalau nak bekerja dari rumah ni, perlu tak ada sistem autoresponder?" 


Tanya Syuib, seorang mekanik yang berminat nak bertukar profesion kepada seorang freelancer yang bekerja hanya dari rumah. 


Satu proses hijrah yang agak besar kalau tanyakan kat saya. 


Apa pun, sebelum nak jawab sama ada perlu atau tidak memiliki sistem autoresponder, ada baiknya kita fahamkan dulu apa sebenarnya kegunaan sistem autoresponder ni. 


Selagi kita masih belum faham, apa kegunaan sistem autoresponder ni, maka selagi tu la kita akan jadi berbelah bahagi sama ada nak guna sistem ni atau tidak. 


Baiklah, dalam post saya sebelum ni, saya pernah ceritakan serba sedikit mengenai kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada sistem autoresponder emelmatik. Anda boleh klik untuk baca ya. 


Sesuai dengan tajuk artikel pada kali ni, iaitu sistem autoresponder percuma dari Malaysia, jadi saya akan bincangkan perihal tentang sistem autoresponder emelmatik. 

http://sabreehussin.biz/kelebihan-dan-keistimewaan-sistem-autoresponder-emelmatik-yang-anda-mungkin-tak-sedar/



Buat masa ni, ini je la autoresponder yang kita boleh guna secara percuma.


Fungsi sistem autoresponder yang berguna untuk anda jika anda ingin bekerja dari rumah. 


Pertama, kumpul leads ataupun kumpul senarai nama prospek

Jika anda nak bertahan lama apabila bekerja dari rumah, anda perlu mula fikirkan cara bagaimana nak kumpul leads ataupun senarai prospek. 


Sama ada anda nak gunakan fungsi percuma yang disediakan oleh FB, iaitu FB Group ataupun guna sistem autoresponder. 

 
Pada saya, kedua-duanya ada kelebihannya yang tersendiri. Gabungkan sahaja kedua-duanya untuk hasil yang lebih menakjubkan. 
 

Kedua, sistem database 

Kini anda dah ada senarai nama dan alamat emel prospek. 


Dengan bantuan sistem autoresponder ni jugak, anda boleh asingkan nama-nama prospek ni mengikut jenis dan kategori. Ala-ala bina database gitu.


Contohnya, nama sekian sekian adalah database untuk penggemar kek coklat. Jadi, setiap kali kita nak promosikan produk yang ada kaitan tentang kek coklat, kita cuma promosikan kat database yang ni sahaja. 


Manakala untuk nama-nama lain, kita beri ia nama sebagai database perniagaan internet. Jadi, setiap kali ada offer-offer terbaru mengenai peluang untuk buat duit hanya dari rumah, kita hanya promosikan pada database ini sahaja. 


Dengan kaedah pengasingan ini, barulah kebarangkalian untuk kita berjaya dapat sales akan dipertingkatkan.  


Ketiga, boleh setup untuk hantar emel kepada prospek secara automatik 

Ada masanya kita tak akan sempat nak hantar emel kepada prospek kita satu per satu. Untuk peringkat awal, mungkin kita boleh buat. Tapi lama kelamaan, ianya adalah suatu yang agak mustahil. 


Bayangkan bila kita dah mula ada 5,000 orang prospek. Tak kan nak hantar 5,000 emel satu per satu kot...
 

Keempat, boleh hantar emel promosi pada bila-bila masa 

Ini fungsi yang paling best sekali. Sebab bila kita boleh hantar emel pada bila-bila masa secara pukal pulak tu, senang kita nak promosikan tawaran-tawaran baru terus ke inbox emel prospek kita. 


Kelima, boleh jadi sistem buat duit 

Orang putih kata, the money is on the list


Siapa yang ada banyak senarai emel, dia la yang paling tinggi peluang nak buat duit. 


...and some more, kalau anda nak tau, emelmatik juga ada tawarkan sistem affiliate. Saya pun baru sahaja dapat bayaran dari emelmatik baru-baru ni. 

 
Boleh baca kat sini jugak
 

Memandangkan sistem autoresponder ini menawarkan pelan penggunaan percuma selama 365 hari, jadi anda tak perlu risau tentang risiko penggunaannya. 


Manfaatkan sepenuhnya penggunaan secara percuma ni. 


Dari pengalaman saya sendiri, walaupun guna secara percuma terlebih dahulu, kita masih lagi boleh buat duit. Tak perlu risau sangatlah. 


 



 

Wednesday, December 9, 2015

Dapat bayaran sebanyak RM95 daripada Sistem Autoresponder Emelmatik


Buat sesetengah orang, RM95 mungkin bukanlah banyak mana. Namun bagi saya, ia besar maknanya. 


Atas ni ialah bayaran yang saya perolehi menerusi program affiliate yang dianjurkan oleh pihak sistem autoresponder emelmatik.


Ya 


Untuk menjayakan perancangan saya untuk hidup selesa dengan bekerja hanya dari rumah, saya perlu extra rajin dan extra kreatif. Ada masa-masa tertentu, saya kena belajar untuk jadi seorang genius, walaupun pada hakikatnya saya bukannya genius sangat. 


In fact, sebenarnya saya kena usaha dengan lebih keras dan lebih gigih lagi untuk dapatkan lebih banyak hasil yang lebih membanggakan. 


Formula yang saya amalkan mudah sahaja. 


Dalam mana-mana program affiliate yang saya join, saya target untuk dapatkan at least RM100 setiap bulan.


Bermakna, untuk dapat sekurang-kurangnya RM2,000 setiap bulan, formulanya mudah sahaja. Hanya perlu pastikan saya dapat join 20 buah program affiliate yang berbeza dan setiap program affiliate membayar saya sekurang-kurangnya RM100.


Maka dengan ini, tercapailah misi dan hasrat saya! 


Betul tak?


Well... secara teorinya memang boleh dicapai. Namun sayang, ada ketikanya realiti tidaklah seindah dan seiring dengan teori. 



Ada banyak juga perkara yang akan mengganggu kita daripada berjaya capai apa yang kita mahukan. 


Misalnya... sifat MALAS. 


Terus terang saya katakan, untuk saya perolehi bayaran daripada program affiliate sistem autoresponder emelmatik ini juga bukanlah suatu tugasan yang mudah. 


Saya perlu usaha keras untuk menghasilkan banyak artikel-artikel promosi dan pemasaran. Lebih-lebih lagi bila saya gunakan kaedah promosi menggunakan Teknik SEO. Memang kena hasilkan banyak artikel. 


Tapi... 


Disebabkan adanya penyakit M, maka bilangan artikel promosi yang siap dan yang berjaya dihasilkan pun tidaklah sebanyak mana. Aduhai... 



Mungkin... saya boleh dapat lebih banyak daripada ini kalau saya rajin sikit... 


Apa pun, saya anggap bayaran ini sebagai satu permulaan kepada masa depan yang membanggakan. Lepas ni, In Shaa Allah, saya akan usahakan dengan lebih baik lagi untuk dapatkan lebih banyak hasil. 


Doakan saya berjaya ya. 


Oh by the way, sistem autoresponder emelmatik ni adalah salah satu sistem autoresponder yang memang saya sendiri gunakan dalam kempen-kempen pemasaran saya.

http://www.sabreehussin.com/emelmatik



Ia memang TERBUKTI membantu saya untuk dapat hasil yang agak lumayan dalam pemasaran online. 


Jika anda juga adalah seorang usahawan yang bergerak aktif secara online, saya percaya anda juga perlukan sistem ini. 


Klik sini ye untuk dapatkan akaun autoresponder emelmatik anda secara percuma. 


     



 

Friday, December 4, 2015

Pengaruh DVD Panduan Bisnes Printing Tanpa Modal Dari Rumah


Saya memang dah lama teringin nak ceburkan diri dalam bisnes printing. Lebih-lebih lagi bila saya dapat tau yang bisnes printing ni sebenarnya boleh kita buat tanpa perlu keluar modal yang besar. 


Baca juga: Panduan Lengkap Bisnes Printing Tanpa Modal 

Kalau tak perlu keluar modal langsung, itu kurang tepat sebenarnya.


Sebabnya even kita tak keluar modal dari segi wang ringgit, kita masih perlu keluar modal dari segi masa dan tenaga kita. Cuma dalam konteks artikel kat atas tu, tanpa modal disitu lebih kepada tanpa perlu keluar wang ringgit. 


Ok... bisnes printing sekarang ni dah jadi lebih simplify.


Dengan adanya DVD Panduan Bisnes Printing ni, hampir semua orang boleh mula jalankan bisnes printing mereka. 


Salah satu kemahiran perlu ada kalau nak buat duit dalam bisnes printing ni ialah kemahiran edit gambar.


http://www.sabreehussin.com/bisnes-printing


Atas ni contoh gambar yang saya dah siap edit


Tak ada la guna teknik yang susah-susah sangat pun. Saya pun masih lagi dalam peringkat berlatih lagi. Nak bagi biasakan diri guna software edit gambar photoshop. 


Ya... 


Alang-alang nak buat bisnes dalam bidang printing... biarlah buat sampai jadi.


Mungkin di peringkat awal, kita kurang berjaya nak jualkan hasil-hasil seni kita kat orang lain. Itu tak ada masalah sebab peringkat awal ni la masanya untuk kita bina portfolio kita. 


Hasilkan seberapa banyak design yang lain daripada yang lain dan yang penting kenalah menarik dan sedap mata memandang. 


Ok la, saya nak berlatih dan tajamkan lagi skil guna software photo editing ni. 


Saya nak cerita lebih-lebih tentang bisnes printing dari rumah ni pun tak boleh jugak, sebab saya bukanlah orang yang sepatutnya. 


Kalau anda serius nak belajar, boleh belajar dari DVD Panduan Bisnes Printing ni ye.      




  

Thursday, December 3, 2015

Kali ini tambang LRT dengan KTM pula naik harga!


Minggu ni, ada berita yang kurang best. Alkisahnya, kadar tambang untuk perkhidmatan LRT telah pun dinaikkan. 


Dari pembacaan saya buat di laman web sinar harian, kadar baru untuk perkhidmatan LRT yang perlu dibayar oleh para penumpang ialah mengikut kadar "empat kilometer pertama, penumpang LRT akan dikenakan 30 sen per kilometer perjalanan."


Sebelum-sebelum ni memang pernah dengar jugak, kononnya akan ada tambang yang akan naik, dan akan ada yang turun. Saya nak tau jugak, kat celah mana yang tambang jadi turun tu? Kalau setakat perjalanan dari satu stesen ke stesen seterusnya yang turun, alahai berapa sen sangat la.


Yang bestnya, pas bulanan untuk LRT dihapuskan siap-siap.


Satu pagi tu, orang rumah saya nak renew pas bulanan, alih-alih staf kat kaunter bagitau yang pas bulanan dah tak ditawarkan lagi. 


Pandai la. Rupa-rupanya nak naikkan harga. 


Bukan sikit ye. Kenaikkan dari segi kos perjalanan boleh meningkat sampai ke 100%. Mau tak mengamuk. 


Kos hidup meningkat setiap bulan! 


Bermula dengan kos petrol yang setiap bulan akan ada perubahan.  Awal bulan baru kita akan tau, sama ada harga akan naik ke, atau akan turun. 


Sebenarnya tak perlu terlalu berharap pun minyak akan turun harga.  


Lepas tu naikkan pulak tol. Padan muka siapa yang kalau nak pergi kerja kena lalu jalan yang banyak tol. Duit gaji habis untuk bayar tol je. 


Baru-baru ni... kos untuk pengangkutan awam pulak naik. Lepas ni apa lagi yang nak naikkan harga?


Kita pilih untuk naik pengangkutan awam, konon-kononnya nak jimatkan belanja untuk pengangkutan, alih-alih tambang pengangkutan awam pun naik harga. Lepas ni, orang-orang kaya je yang boleh naik public transport. Yang miskin tu kena berbasikal atau jalan kaki je nampaknya. 


Kerja dari rumah kalau tak nak terbeban dengan kos pengangkutan?


Sayangnya, bukan semua orang ada pengetahuan dan kemahiran untuk bekerja dari rumah. 


Salah satu sumber untuk pelajari cara-cara untuk bekerja dari rumah ialah dengan mendapatkan Panduan Jobdirumah

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah
  

Panduan ini bakal mengajar anda cara-cara untuk bekerja dari rumah menjadi seorang freelancer. 


Mungkin, anda tak akan dapat gaji atau income sehingga RM3,000 - RM5,000 setiap bulan sama seperti gaji yang anda nikmati sekarang, tetapi, apabila mengambil kira penjimatan yang anda boleh nikmati, seperti 

1. Tak perlu keluar belanja untuk petrol


2. Tak ada tol


3. Tak perlu bayar parking


4. Tak perlu risau kenderaan kena saman, terdedah dengan kemalangan, maintenance dan sebagainya

Saya percaya, jika anda berjaya dapat hasilkan pendapatan sehingga RM2,000 setiap bulan juga ia masih baik.  Kesemua ini anda boleh gunakan dengan sebaik-baiknya, berbanding kalau duit terpaksa di salurkan untuk bayar minyak, tol, parking dan sebagainya.


Seolah-olah macam kita ni bekerja untuk orang lain. 


Kalau asyik macam ni setiap bulan, boleh ke kita jadi orang kaya? Atau mungkin selama-lamanya akan terus jadi hamba alaf baru macam ni. 


Kita susah payah kerja, orang lain yang seronok dapat hasilnya. 


Sekarang ni semuanya terpulang pada kita. Soal survival, terserah pada kita sama ada nak terus berusaha atau nak putus asa. 


Satu masa dulu, saya ikhtiar dengan cara bekerja dari rumah. Kini saya mula dapat hasilnya. 


Giliran anda pula. 


Dapatkan panduan ini disini




  

Wednesday, December 2, 2015

Masalah HUTANG hanya akan SELESAI Jika anda buat ini...


Macam mana nak selesaikan masalah hutang?


Soalan ini sering ditanya oleh mereka-mereka yang menghadapi masalah dibeban dan dibelenggu hutang. 


Tak kiralah sama ada hutang dengan saudara mara, bank, ah long, syarikat perabot, syarikat kad kredit dan sebagainya.


Ada tak cara untuk lepas dari masalah ini? 


Jawapannya MEMANG ADA. 


Kalau masalah anda ialah masalah hutang, jawapan untuk selesaikan masalah hutang itu tadi ialah dengan cara "BAYAR HUTANG TERSEBUT." 


Seorang bijak pandai pernah nasihatkan saya... "Masalah duit, penyelesaiannya ialah duit juga." 


Jika masalah sikap, maka penyelesaiannya adalah dengan berubah sikap.


Ok... macam mana nak bayar hutang, kalau duit gaji yang dapat sekarang ni pun tak cukup untuk kegunaan asas? 


Saya beranggapan, ini adalah fenomena biasa dan banyak jugak dilalui oleh orang lain. 


Itulah sebab kenapa kita ambil hutang. 


Sebab pada sekian masa tertentu, kita ada kekurangan dari segi income, dan pada waktu tu pula, kita perlukan duit untuk beli sesuatu. 


Namun sayangnya, pada waktu tu, kita dah ambil jalan penyelesaian yang SALAH. 


HUTANG bukan jalan penyelesaian. Apatah lagi sebagai short cut untuk kita cepat dapat apa yang kita inginkan.


Adakalanya kita memang perlu berhutang. 


Cuma anehnya, cara kita urus hutang dan cara kita urus perbelanjaan lepas kita dapat jumlah wang yang kita mahu pinjam. 


Sering kali terjadi, hampir kepada semua orang, kita mula membelanjakan duit yang dipinjam bukan untuk tujuan asal hutang tersebut dibuat. 


Contoh, kita buat pinjaman untuk tujuan belajar. Andaikan jumlahnya ialah RM30,000 yang kita pinjam.


Bila dapat duit, selepas dicongak, dikira, rupa-rupanya kita hanya perlukan RM23,000 sahaja. Bermakna kita dah terlebih pinjam sebanyak RM7,000. 


Persoalannya ialah, apa yang kita buat dengan jumlah RM7,000 yang dah terlebih pinjam tu? 


Berapa ramai yang akan pulangkan balik RM7,000 tu dan lepas tu fokus untuk bayar RM23,000 sahaja secara bulanan. 


Mungkin ada. Tapi tak ramai yang akan buat macam tu. 


Majoriti akan gunakan kesemua RM30,000 yang dipinjam. Kemudian, bila dah sampai masanya, dia kena bayar hutang untuk RM30,000 jugak. 


Ok situasi lain. Ini berlaku kepada peminjam untuk beli kenderaan. 


Sesetengah kereta, dia ada keluaran tertentu. Kadang-kadang, ia akan dilabel ikut Basic Line, Medium Line dan juga High Line. 


Ambik loan untuk beli High Line. Bila loan dah approve, beli yang Medium Line sahaja. Loan yang diambik tu, siap ada baki, kemudian duit baki tu boleh pulak digunakan untuk berseronok dan berbelanja untuk perkara-perkara yang tak ada benefit.


Inilah sifat biasa manusia. Bila tengah banyak duit, langsung tak beringat. 

http://www.ashadee.net/go/51527/sabree


Baiklah, ini saya nak share kepada anda yang ada masalah hutang dan sering diganggu oleh pemungut hutang ataupun debt collector. Dapatkan panduan urus hutang disini


Saya tau, ada ramai sebenarnya orang yang ada masalah nak bayar hutang ni tertekan sebab kena push, kena paksa dengan orang bank untuk bayar hutang. Saya pun pernah berada dalam situasi yang sama. 


Bukan kita tak nak bayar. Kita pasti akan bayar. Cuma pihak bank pun kenalah bagi kita ruang dan masa, dan bukannya bagi tekanan secara konsisten untuk paksa kita bayar hutang. Itu kurang ajar namanya ha ha


Ada waktunya, kita lebih perlukan masa dan ketenangan untuk bayar dan urus hutang tanpa ada tekanan yang tak perlu dari pihak ketiga. 


Jika anda selalu diganggu oleh pemungut hutang, memang anda sangat perlukan panduan ini. 


Download versi yang percuma sahaja dulu kat sini


In Shaa Allah, lepas ni anda akan dapat jalani hidup dengan lebih tenang lepas ni. 


  








   


 

Harga Terkini Petrol RON 95, 97 & Diesel Mulai Disember 2015


Harga petrol untuk RON95, RON97 dan jugak diesel memang sentiasa berubah setiap bulan. 


Memang ada bulan-bulan tertentu, kerajaan akan umumkan sama ada petrol akan naik harga, turun atau tak berubah. 


Namun dengan sistem pengenalan harga yang baru ni, kita susah nak agak, sama ada kerajaan akan umumkan penurunan harga mahupun kenaikkan harga. 


Contohnya, untuk bulan Disember 2015 ni, harga petrol yang dikuatkuasakan adalah seperti berikut 

Petrol RON 95: RM1.95/liter

Petrol RON97: RM2.45/liter

Diesel: RM1.90/liter






Harga petrol untuk RON95 turun 10 sen 



Berbanding dengan harga pada bulan November, untuk bulan Disember 2015, harga petrol untuk RON95 turun 10 sen. 


Yeay! Dapat beli petrol dengan harga lebih murah. 


Untuk mereka yang bekerja dari rumah, ini semua tidaklah memberikan impak yang terlalu signifikan. 


Bangun tidur, bersiap dah boleh terus mula bekerja. Semuanya dilakukan hanya dari rumah. Tak perlu peduli sangat pun tentang kos untuk bahan api. 


Bekerja dari rumah, belanja untuk bahan api kenderaan adalah perbelanjaan yang tidak begitu penting.


Sebab tu, saya amat galakkan anda juga bekerja dari rumah! 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah
 
Kalau tak dapat nak bekerja sepenuh masa, tak apa. Tak ada masalah. Boleh bekerja separuh masa. Asalkan ada inisiatif untuk bekerja dari rumah. 


Dengan ini, masa yang terluang kat rumah tu bolehlah dimanfaatkan untuk cari dan tambahkan pendapatan. 


Itu lebih baik daripada terbuang begitu sahaja. 


Tentang harga minyak... kita memang tak boleh nak buat apa-apa. Harganya akan tetap terus naik, ataupun kadang-kadang je kerajaan akan umumkan harganya akan diturunkan. 


Jadi, apa yang kita dapat lakukan sekarang ni ialah, usahalah untuk tambahkan pendapatan dan keluar dari belenggu dan kepompong kemiskinan. 


Anda boleh muat turun dan dapatkan akses Panduan Jobdirumah ni kalau anda masih tak tau macam mana nak bekerja hanya dari rumah ye.


Semoga bermanfaat untuk anda. 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...