Tuesday, November 24, 2015

Sekarang dah SUSAH nak buat duit dengan Jobdirumah?


Betul ke sekarang ni dah susah nak buat duit dengan Jobdirumah?


Mungkin ada betulnya. 


Saya difahamkan... tak semua yang dah join Jobdirumah BERJAYA buat duit. Jangan tanya saya kenapa mereka tak BERJAYA buat duit. 


Saya tak ada jawapannya. 


Saya tak bersama dengan mereka. 


Saya tak tau, apa yang mereka buat selepas buat pembayaran untuk JOIN Jobdirumah. 


Saya tak tau, apa langkah seterusnya yang mereka ambil selepas mereka diberi akses untuk mempelajari, modul-modul yang disediakan dan yang telah disiapkan oleh pihak Jobdirumah. 


Senang kata... I have no idea at all.


Apa yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah apa yang saya buat setelah saya dah sertai jobdirumah 2 atau 3 tahun yang lalu.


Masa lepas saya beli, saya baca dari mula sampai habis. Baca sepintas lalu je. Itu pun sebab saya nak dapatkan gambaran secara menyeluruh terlebih dulu apa yang bakal saya pelajari sebenarnya dengan pihak jobdirumah. 


Kemudian bila saya dah dapatkan The big picture, barulah saya ulang bacaan. 


Bina online resume 

Bina online resume sedikit berbeza berbanding bina resume yang kita guna untuk mintak kerja tu.


Sijil-sijil, diploma, degree semua tu kurang bermakna kalau nak bekerja dari rumah. Majikan cuma nak tau sama ada kita betul-betul boleh buat kerja dan siapkan kerja seperti yang mereka mahukan.


Bukannya sekadar nak tau, adakah anda mempunyai kelayakkan, kredibiliti dan juga credential untuk melakukan sesuatu tugasan.


Dalam proses bina online resume ini pula, anda akan diminta untuk menduduki beberapa online exam. Online exam ni pula berbeza ikut apa jenis pekerjaan dari rumah yang anda minat nak mohon. 


Kalau minat nak jadi typist atau kerja dalam bidang data entry, maka salah satu skil yang anda perlukan ialah skil menaip dengan laju. 


Anda perlu buktikan yang anda benar-benar boleh menaip dengan laju dengan menduduki ujian khas. 


Oh ya, bukan setakat nak kena taip dengan laju ya, mesti kena taip dengan betul jugak. Kalau setakat taip dengan laju, tapi ejaan semua kelaut, pun tak boleh pakai jugak. 


Jadi selepas satu tempoh masa, saya dah baca ulang-ulang kali dan dah pun memohon beberapa job. Alhamdulillah, ada juga job yang berjaya saya perolehi. Itu pun job luar tanpa melalui pihak Jobdirumah. 


Dari saat tu, saya merasakan jiwa saya lebih dekat dengan bidang jualan. 


Sebab tu, kalau anda perasan, saya lebih banyak buat sales berbanding buat job dari majikan. 
 

Jadi, bila ada yang kata, nak dapat duit dengan jobdirumah ni sekarang dah susah sikit, saya memang SETUJU. 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah
 
 
Memang agak susah nak buat duit dengan jobdirumah kalau anda mensasarkan untuk dapat komisyen jualan panduan jobdirumah. 


Namun ia bukan suatu yang mustahil. Ianya boleh dilakukan. Cuma kita perlu jadi bijak sedikit dan gunakan teknik promosi yang lain daripada yang lain. 


Jangan la guna teknik yang sama macam orang lain buat, nanti anda tak unik. Bila anda tak unik, nanti kawan yang anda tiru tu berjaya dapat sales, anda pulak duk tercengang langsung tak ada dapat apa benda pun.


Saya percaya, ada satu atau dua teknik promosi yang saya buat memang lain daripada yang lain. 


Ia diterjemahkan dalam bentuk jualan. 


Kalau nak saya terangkan satu per satu, oh... memang tak mungkin saya akan dapat buat. Strategi sulit kot haha 


Tapi, kalau anda memang minat nak pelajari cara saya, bolehlah download kat sini.


Semua teknik promosi yang saya tau dan yang saya gunakan, semuanya saya dah bocorkan kat situ. 


Tinggal nak tiru je. Itu pun kalau anda betul-betul serius nak buat dari rumah la ye. 


Ok la, kalau nak join jobdirumah, bolehlah klik sini dan isikan borang pendaftaran. Percuma je kalau nak isi borang.  


 





   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...