Wednesday, November 18, 2015

Saat paling BEST bila bekerja hanya dari rumah?


Anda tau tak, bila agaknya waktu paling best untuk orang-orang yang bekerja dari rumah ni?


Topik ni la yang saya nak ceritakan. Ok pada saya la kan, waktu paling best ialah bila kita dapat "gaji".  Contohnya macam yang saya dapat ni. 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah

Terima kasih pihak Jobdirumah kerana masih lagi memberikan komisyen kepada saya.


Emel kat atas ni adalah emel notifikasi yang menunjukkan saya berjaya dapat komisyen. Komisyen ini akan dibayar ke akaun Maybank saya secara automatik pada bulan akan datang. 


Tak kisah lah. Banyak atau sikit, yang penting ada hasilnya. Jadi selama ni tak ada la sia-sia saya menulis tentang jobdirumah.


Oh ya tadi saya ada sebutkan, saat paling best bila bekerja dari rumah kan... dan saya kata saatnya adalah apabila kita dapat gaji. 


Untuk orang yang bekerja dari rumah, gaji kita adalah dalam bentuk sales, upah, komisyen dan sebagainya. 


By the way, sama tak macam anda yang kerja di pejabat tu? 


Saat paling best, dah tentu ialah waktu ketika dapat gaji, kan? Apa perasaan anda bila semak baki akaun anda di mesin ATM? Bila tengok-tengok dalam tu ada duit? Seronok, kan? 


Terasa lupa sekejap penat lelah, sakit hati sepanjang sebulan bekerja buat benda yang sama. Bos marah, pelanggan syarikat marah, klien tak puas hati, rakan sekerja perangai macam haram... semua tu kita terlupa sekejap. 


Rasa seronok bila gaji dah masuk mengatasi segala-galanya. 


Sebenarnya bekerja dari rumah pun tak jauh bezanya. 


Memang tak semua pengalaman bekerja yang kita bakal lalui semuanya seronok-seronok belaka. 


Contohnya kalau anda nak bekerja dalam bidang penterjemahan dokumen misalnya. Kadang-kadang kita pun akan dapat tugasan yang senang dan akan dapat jugak tugasan yang susah. 


Ada ketikanya, kita rasakan macam kerja yang kita dah hasilkan tu macam dah sempurna, tapi majikan yang bagi kita job tu rasakan macam ada yang masih kurang dan perlu ditambah. 


Sebagai pekerja, kita kena la buat seperti yang dikehendaki oleh majikan. 


Kat situ pun kita dah rasa tak seronok. 


Tapi who care... dah memang macam ni la adatnya bila bekerja. Setiap orang pastinya hanya mahukan yang terbaik.. so no hard feeling. Pada saya, adalah lebih baik majikan tu suarakan apa yang tak berapa betul dan bagitau mana satu yang dia nak kita perbetulkan. Itu lagi baik. 


Daripada dia diam je, tau-tau lepas ni dia upah orang lain pulak untuk buatkan kerja-kerja untuk dia. Dah... melepas kita peluang untuk dapatkan lifetime employer. ha ha 


Faham ke ni?


Walaupun kita bekerja sendiri, kita masih tetap ada majikan. Majikan kita tu la, klien kita, pelanggan kita dan sebagainya. 


Apa pun, apa kerja sekalipun memang begini la hakikatnya. Adakala kita rasa best, ada kala kita rasa tak best. Benda-benda yang tak berapa best ni, kita boleh tutup mata je, terutama sekali bila gaji dah masuk. 


Apa pun, thanks pihak pengurusan Jobdirumah kerana create peluang pekerjaan macam ni. Jadi lepas ni, tak ada alasan lagi nak menganggur dan nak kata susah nak cari kerja. 


Kerja tu ada banyak. Ko nak buat ke tak? Itu persoalannya. 

    

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...