Tuesday, November 3, 2015

Contoh pendapatan dari Lazada: Hasil bila bekerja dari rumah


Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh bekerja hanya dari rumah untuk syarikat online Lazada? 


Jawapannya MEMANG BOLEH. 


... dan itulah yang saya praktikkan sepanjang beberapa bulan kebelakang ini. Saya mempelbagaikan lagi channel untuk saya tambahkan pendapatan. Salah satu channel pilihan saya ialah Lazada. 


Ini laman web Lazada jika anda masih belum kenal lagi laman web Lazada.


Pada 1 November yang lepas, nampaknya salah satu daripada kempen pemasaran yang saya buat berjaya menghasilkan jualan. 


Ini adalah screenshot pendapatan yang terhasil daripada Lazada. 

contoh income lazada


Saya nak cerita sikit tentang jadual diatas ya. 


Mula-mula sekali, ialah pada kolum TIME. 


2015-11-01 tu adalah merujuk kepada tarikh berlakunya transaksi. 


11:20:00 tu pula merujuk kepada waktu pukul berapa transaksi tersebut berlaku. 


Seterusnya ialah kolum PAYOUT, ini adalah bayaran yang bakal saya terima. Untuk makluman anda, bayaran ini adalah dalam matawang USD. 


Status tempahan ini masih lagi pending. Pihak Lazada akan ambil masa untuk tukarkan status kepada approved selepas beberapa hari. Biasanya selepas pelanggan terima produk yang ditempah dari laman web Lazada.


Inilah dia hasil daripada bekerja dari rumah mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web lazada. 


Ianya tidak sesukar mana, namun pada masa yang sama, potensi pendapatannya juga tanpa had. 


In Shaa Allah, jika buat dengan serius, boleh dapat hasil yang lebih banyak dari ini. 


Doakan saya dapat buat duit lagi banyak dari laman web ini ye. 


 

   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...