Saturday, November 28, 2015

Buat duit dari rumah sebagai ejen pengiklanan Nuffnang


Apabila anda memilih untuk bekerja hanya dari rumah, salah satu perkara yang perlu anda ambil maklum dengan serius ialah untuk mengenal pasti peluang-peluang untuk buat duit tambahan secara automatik tanpa mengganggu rutin-rutin harian anda. 


Oleh yang demikian, dalam perkongsian kali ini, saya ingin kongsikan kepada anda peluang untuk buat duit sebagai ejen pengiklanan bagi pihak syarikat Nuffnang. 


Ini adalah contoh pendapatan yang boleh diperolehi apabila anda mendaftar untuk menjadi ejen pengiklanan syarikat Nuffnang

 

Saya juga telah mendaftar untuk menjadi ejen pengiklanan bagi syarikat Nuffnang. 


Tugasnya mudah sahaja. 


Saya hanya perlu bangunkan sebuah laman web dengan memasukkan konten-konten yang relevan dan pada laman web tersebut, saya turut siarkan iklan dari Nuffnang. 


Blog yang saya gunakan untuk program pengiklanan Nuffnang ialah blog Sabree Hussin dot com ini. 


Kolum amount mencatatkan bilangan ataupun jumlah komisyen terkumpul yang berjaya diperolehi, 


Walaupun jumlahnya agak kecil, hanya sen-sen sahaja, namun kelebihannya ialah jumlah tersebut akan terus meningkat dari masa ke masa. 


Lagi lama iklan di siarkan, maka lagi besar potensi pendapatan yang boleh dihasilkan. 


Inilah istimewanya apabila buat duit dengan Nuffnang. 


Anda kena ada laman web atau laman blog. Sebaik-baiknya anda bina laman blog. Kemudian masukkan iklan dari Nuffnang dan biarkan sahaja iklan tersebut running pada laman blog anda. 


Secara teknikalnya, anda tak perlu usik apa-apa pun pada iklan Nuffnang tu tadi. 


Anda hanya perlu fokus untuk kembangkan laman blog anda dan menulis seperti biasa. 


Jadilah untuk support income utama jika bekerja dari rumah. 


Apa pun, ini hanya alternatif. 


Jika anda rujuk Panduan Jobdirumah, sebenarnya ada banyak lagi cara dan kaedah yang boleh anda gunakan untuk buat duit dari rumah. 


Pilihlah mana-mana satu yang sesuai dengan anda. 


Semoga berjaya. 



Boleh klik sini untuk muat turun panduan jobdirumah dan mula jana pendapatan! 




 

Friday, November 27, 2015

Dapat bayaran komisyen dari Ashadee sebanyak RM75.00


Selain buat duit dengan jobdirumah, saya juga buat duit dengan menjadi ejen affiliate bagi produk-produk yang dijual di laman web Ashadee. 


Pada saya la kan... sekarang ni kita tak boleh nak memilih sangat. Mana yang boleh buat duit, kita buat je. Yang penting, apa yang kita usahakan tu HALAL. 


Itu yang penting. 


Tentang SENANG atau susah, itu tak ada masalah. Sebabnya kita boleh belajar dari masa ke masa. 


Saya sendiri, walaupun dah agak lama buat duit dengan affiliate, hakikatnya masih banyak yang perlu saya pelajari. Bukannya setiap masa saya akan berjaya buat duit. 


Ada jugak masa-masa tertentu yang saya akan GAGAL buat duit. Ya AKUI. Saya pernah GAGAL BIG TIME. 


Kecewa, sedih, sakit hati, rasa nak putus asa... dan macam-macam lagi yang saya rasa. 


Tetapi dalam keadaan nak putus asa tu, saya teruskan jugak. Buat je la... Buat sesuatu yang berbeza. Cuba buat something yang orang lain tak buat... dan akhirnya, makin lama makin mudah nak dapatkan rentak... 


Nak buat duit online sebenarnya tak susah mana. 


Nak buat duit dengan hanya bekerja dari rumah bukannya suatu yang mustahil dan mitos. 


Ini bayaran yang saya terima baru-baru ni dari pihak Ashadee. 

 

Bayaran sebanyak RM75.20 ini saya terima pada 24 November 2015 dari pihak Ashadee. Ini adalah komisyen kerana saya telah bantu beberapa vendor yang berdaftar di laman web Ashadee untuk dapatkan sales. 


Saya kira, waktu saya terima "gaji" ini lebih kurang sama macam orang kerja kerajaan dapat gaji... betul tak? 


Cuma dari segi amaun sahaja yang mungkin masih terlalu kecil buat sesetengah orang. 


Konsep saya mudah je, sebab amaun ni kecik la saya akan share dengan pembaca dan pelawat blog ni. Sebab saya nak anda tahu, jika anda berikan usaha yang sama seperti yang saya berikan, anda juga boleh dapat hasil yang sama macam saya dapat. 


OK... mungkin tak akan dapat sama 100%. 


Anda mungkin akan dapat hasil yang lebih baik. Who knows... Rezeki masing-masing kan tak sama. 
 

Apa pun, mesej yang saya nak sampaikan ialah, untuk dapatkan pendapatan dengan hanya bekerja dari rumah sebagai ejen affiliate sekitar RM50 - RM100 sebulan adalah suatu yang tak mustahil langsung untuk dilakukan. 


Saya buat dengan cara santai-santai, Alhamdulillah ada hasilnya. Allah Maha Pemurah. Dia akan beri rezeki kepada hambaNya yang berusaha.


Bekerja sebagai ejen affiliate hanyalah sebahagian atau salah satu daripada cara untuk anda buat duit hanya dari rumah. 


Sebenarnya ada banyak lagi cara, dan cara-cara tersebut diterangkan dalam modul pembelajaran Jobdirumah ini. 


Apa pun, jika anda minat nak dalami topik ini, saya amat mengesyorkan anda muat turun Panduan Jobdirumah ini sekarang. 


Klik sini ya untuk dapatkan akses anda hari ni juga. 


 



 

Tuesday, November 24, 2015

Sekarang dah SUSAH nak buat duit dengan Jobdirumah?


Betul ke sekarang ni dah susah nak buat duit dengan Jobdirumah?


Mungkin ada betulnya. 


Saya difahamkan... tak semua yang dah join Jobdirumah BERJAYA buat duit. Jangan tanya saya kenapa mereka tak BERJAYA buat duit. 


Saya tak ada jawapannya. 


Saya tak bersama dengan mereka. 


Saya tak tau, apa yang mereka buat selepas buat pembayaran untuk JOIN Jobdirumah. 


Saya tak tau, apa langkah seterusnya yang mereka ambil selepas mereka diberi akses untuk mempelajari, modul-modul yang disediakan dan yang telah disiapkan oleh pihak Jobdirumah. 


Senang kata... I have no idea at all.


Apa yang boleh saya kongsikan dengan anda ialah apa yang saya buat setelah saya dah sertai jobdirumah 2 atau 3 tahun yang lalu.


Masa lepas saya beli, saya baca dari mula sampai habis. Baca sepintas lalu je. Itu pun sebab saya nak dapatkan gambaran secara menyeluruh terlebih dulu apa yang bakal saya pelajari sebenarnya dengan pihak jobdirumah. 


Kemudian bila saya dah dapatkan The big picture, barulah saya ulang bacaan. 


Bina online resume 

Bina online resume sedikit berbeza berbanding bina resume yang kita guna untuk mintak kerja tu.


Sijil-sijil, diploma, degree semua tu kurang bermakna kalau nak bekerja dari rumah. Majikan cuma nak tau sama ada kita betul-betul boleh buat kerja dan siapkan kerja seperti yang mereka mahukan.


Bukannya sekadar nak tau, adakah anda mempunyai kelayakkan, kredibiliti dan juga credential untuk melakukan sesuatu tugasan.


Dalam proses bina online resume ini pula, anda akan diminta untuk menduduki beberapa online exam. Online exam ni pula berbeza ikut apa jenis pekerjaan dari rumah yang anda minat nak mohon. 


Kalau minat nak jadi typist atau kerja dalam bidang data entry, maka salah satu skil yang anda perlukan ialah skil menaip dengan laju. 


Anda perlu buktikan yang anda benar-benar boleh menaip dengan laju dengan menduduki ujian khas. 


Oh ya, bukan setakat nak kena taip dengan laju ya, mesti kena taip dengan betul jugak. Kalau setakat taip dengan laju, tapi ejaan semua kelaut, pun tak boleh pakai jugak. 


Jadi selepas satu tempoh masa, saya dah baca ulang-ulang kali dan dah pun memohon beberapa job. Alhamdulillah, ada juga job yang berjaya saya perolehi. Itu pun job luar tanpa melalui pihak Jobdirumah. 


Dari saat tu, saya merasakan jiwa saya lebih dekat dengan bidang jualan. 


Sebab tu, kalau anda perasan, saya lebih banyak buat sales berbanding buat job dari majikan. 
 

Jadi, bila ada yang kata, nak dapat duit dengan jobdirumah ni sekarang dah susah sikit, saya memang SETUJU. 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah
 
 
Memang agak susah nak buat duit dengan jobdirumah kalau anda mensasarkan untuk dapat komisyen jualan panduan jobdirumah. 


Namun ia bukan suatu yang mustahil. Ianya boleh dilakukan. Cuma kita perlu jadi bijak sedikit dan gunakan teknik promosi yang lain daripada yang lain. 


Jangan la guna teknik yang sama macam orang lain buat, nanti anda tak unik. Bila anda tak unik, nanti kawan yang anda tiru tu berjaya dapat sales, anda pulak duk tercengang langsung tak ada dapat apa benda pun.


Saya percaya, ada satu atau dua teknik promosi yang saya buat memang lain daripada yang lain. 


Ia diterjemahkan dalam bentuk jualan. 


Kalau nak saya terangkan satu per satu, oh... memang tak mungkin saya akan dapat buat. Strategi sulit kot haha 


Tapi, kalau anda memang minat nak pelajari cara saya, bolehlah download kat sini.


Semua teknik promosi yang saya tau dan yang saya gunakan, semuanya saya dah bocorkan kat situ. 


Tinggal nak tiru je. Itu pun kalau anda betul-betul serius nak buat dari rumah la ye. 


Ok la, kalau nak join jobdirumah, bolehlah klik sini dan isikan borang pendaftaran. Percuma je kalau nak isi borang.  


 





   

Thursday, November 19, 2015

Peluang bekerja dari rumah sebagai Online Travel Agent


Bisnes dalam industri pelancongan sebenarnya adalah salah satu bisnes yang menguntungkan. 


Itupun kalau anda tau, bagaimana nak buat duit dan ambil peluang dalam industri ini. 


Baru-baru ni saya diperkenalkan dengan laman web banding hotels. Anda boleh klik untuk melihat laman web syarikat.


Laman web ini sebenarnya menawarkan servis untuk anda bina laman web berkonsepkan affiliates marketing untuk anda mempromosikan pakej hotel, tiket penerbangan, homestay dan sebagainya. 


Konsep dia mudah sahaja. 


Anda bina laman web menggunakan servis yang ditawarkan oleh pihak Banding Hotels


Kemudian, selepas laman web tersebut SIAP, anda hanya perlu promosikan laman web tersebut. 


Anda akan dibayar melalui beberapa cara, iaitu... 


1. Jika ada pelawat yang menekan klik pada laman web anda, anda akan dibayar. 


2. Jika ada pelawat yang buat tempahan menerusi laman web anda, sama ada buat tempahan tiket penerbangan, ataupun tempahan hotel, anda akan dibayar. 


3. Jika ada pelawat yang membuat tempahan laman web sama seperti yang anda tempah menerusi pihak Banding Hotels, anda juga akan menerima bayaran. 


Ok ... bukan satu cara, malahan ada tiga cara untuk anda buat duit dengan servis yang disediakan oleh pihak banding Hotels itu tadi.

http://www.bandinghotels.com/sabreehussin


Baiklah, kalau anda masih ingat lagi, sebelum ini saya ada tulis, adakah anda perlu jadi blogger untuk mula buat duit dari rumah, ingat lagi tak? Kalau tak ingat, boleh klik pada link yang saya berikan tu tadi. 


Apa yang saya perhatikan, sebenarnya anda mempunyai banyak kelebihan sekiranya anda ada blog, dan blog anda tu pula sangat aktif dan menerima kunjungan yang konsisten daripada pelawat. 


Anda bukan sahaja boleh jual macam-macam produk, malahan kalau anda nak join macam-macam program pun tak ada masalah.


Itulah kuasa blog. 


Dengan blog, anda boleh optimasikan penulisan anda dengan teknik penulisan SEO.


Apa pun, kalau anda minat nak tau dengan lebih details pasal macam mana nak jadi online travel agent ni, boleh baca kat website Banding Hotels ni dulu. 


 


  

Wednesday, November 18, 2015

Saat paling BEST bila bekerja hanya dari rumah?


Anda tau tak, bila agaknya waktu paling best untuk orang-orang yang bekerja dari rumah ni?


Topik ni la yang saya nak ceritakan. Ok pada saya la kan, waktu paling best ialah bila kita dapat "gaji".  Contohnya macam yang saya dapat ni. 

http://www.sabreehussin.com/jobdirumah

Terima kasih pihak Jobdirumah kerana masih lagi memberikan komisyen kepada saya.


Emel kat atas ni adalah emel notifikasi yang menunjukkan saya berjaya dapat komisyen. Komisyen ini akan dibayar ke akaun Maybank saya secara automatik pada bulan akan datang. 


Tak kisah lah. Banyak atau sikit, yang penting ada hasilnya. Jadi selama ni tak ada la sia-sia saya menulis tentang jobdirumah.


Oh ya tadi saya ada sebutkan, saat paling best bila bekerja dari rumah kan... dan saya kata saatnya adalah apabila kita dapat gaji. 


Untuk orang yang bekerja dari rumah, gaji kita adalah dalam bentuk sales, upah, komisyen dan sebagainya. 


By the way, sama tak macam anda yang kerja di pejabat tu? 


Saat paling best, dah tentu ialah waktu ketika dapat gaji, kan? Apa perasaan anda bila semak baki akaun anda di mesin ATM? Bila tengok-tengok dalam tu ada duit? Seronok, kan? 


Terasa lupa sekejap penat lelah, sakit hati sepanjang sebulan bekerja buat benda yang sama. Bos marah, pelanggan syarikat marah, klien tak puas hati, rakan sekerja perangai macam haram... semua tu kita terlupa sekejap. 


Rasa seronok bila gaji dah masuk mengatasi segala-galanya. 


Sebenarnya bekerja dari rumah pun tak jauh bezanya. 


Memang tak semua pengalaman bekerja yang kita bakal lalui semuanya seronok-seronok belaka. 


Contohnya kalau anda nak bekerja dalam bidang penterjemahan dokumen misalnya. Kadang-kadang kita pun akan dapat tugasan yang senang dan akan dapat jugak tugasan yang susah. 


Ada ketikanya, kita rasakan macam kerja yang kita dah hasilkan tu macam dah sempurna, tapi majikan yang bagi kita job tu rasakan macam ada yang masih kurang dan perlu ditambah. 


Sebagai pekerja, kita kena la buat seperti yang dikehendaki oleh majikan. 


Kat situ pun kita dah rasa tak seronok. 


Tapi who care... dah memang macam ni la adatnya bila bekerja. Setiap orang pastinya hanya mahukan yang terbaik.. so no hard feeling. Pada saya, adalah lebih baik majikan tu suarakan apa yang tak berapa betul dan bagitau mana satu yang dia nak kita perbetulkan. Itu lagi baik. 


Daripada dia diam je, tau-tau lepas ni dia upah orang lain pulak untuk buatkan kerja-kerja untuk dia. Dah... melepas kita peluang untuk dapatkan lifetime employer. ha ha 


Faham ke ni?


Walaupun kita bekerja sendiri, kita masih tetap ada majikan. Majikan kita tu la, klien kita, pelanggan kita dan sebagainya. 


Apa pun, apa kerja sekalipun memang begini la hakikatnya. Adakala kita rasa best, ada kala kita rasa tak best. Benda-benda yang tak berapa best ni, kita boleh tutup mata je, terutama sekali bila gaji dah masuk. 


Apa pun, thanks pihak pengurusan Jobdirumah kerana create peluang pekerjaan macam ni. Jadi lepas ni, tak ada alasan lagi nak menganggur dan nak kata susah nak cari kerja. 


Kerja tu ada banyak. Ko nak buat ke tak? Itu persoalannya. 

    

 

Tuesday, November 17, 2015

Target income RM15,000 sehari. Realistik ke?



Untuk orang macam saya, salah satu kaedah yang realistik untuk jana pendapatan sehingga 5 - 6 angka adalah dengan buat bisnes. 


Perlu terlibat dengan perniagaan dan memang betul, kena buat sales. 


Kalau nak harapkan dapat kerja swasta atau dapat kerja kerajaan, memang mustahil kalau nak dapat income sampai 5 - 6 angka. 


Dari segi kalau nak buat bisnes pulak, bukan semua bisnes menjanjikan peluang untuk dapat pendapatan seperti itu. Bisnes apa yang boleh beri pulangan sehingga RM10,000 sebulan? Ada banyak. 


Tetapi, bisnes apa pulak yang mampu untuk beri pulangan sehingga RM10,000 sehari? 


Hampir tak ada. Lebih-lebih lagi untuk orang baru seperti saya yang bukannya pakar sangat dalam ilmu-ilmu perniagaan.


TETAPI, saya perhatikan ada banyak bisnes yang berorientasikan MLM mampu untuk menjanjikan pulangan yang sedemikian. Asalkan kena ada usaha yang tak kenal erti jemu dan sanggup buat apa sahaja untuk berjaya. 


Sebab tu saya suka ada kawan yang terlibat dengan bisnes berkonsepkan MLM. Pada saya mereka ini adalah usahawan yang kuat dan mempunyai semangat motivasi yang sangat tinggi. 


Mereka ada semangat nak berjaya yang sangat tinggi. 


Bukan itu sahaja.


Mereka juga suka untuk letakkan matlamat yang tinggi! Income RM15k sehari memang hampir mustahil. 


So what? 


At the end of the day, bila kita dah letakkan matlamat yang tinggi-tinggi macam ni... kalau kita tak achieve 100% apa yang kita sasarkan pun tak ada masalah. 


What if kalau cuma dapat capai 10% sahaja. 


10% daripada RM15,000 ialah RM1,500


Kalau dapat income RM1,500 setiap hari, pun masih tinggi jumlah tu. Anda setuju? 


Asalkan ada kemahuan, di situ ada jalan. Dan memang sangat jarang, orang yang ada tindakan gagal 100% dalam apa yang mereka usahakan. 


.

..

Sebab tu, saya juga ada join beberapa syarikat yang menawarkan peluang buat duit menerusi sistem ala-ala MLM ini. 


Antaranya yang saya join ialah syarikat T dengan syarikat X ini.


Tak ada apa-apa yang akan berubah kalau kita tak ambil inisiatif untuk mengubah diri kita sendiri. 


Tak salah meletakkan target yang tinggi-tinggi. 


Ia berfungsi sebagai pemacu semangat untuk kita keluar daripada zon selesa. Bila kita berada di luar zon selesa, dan kita gunakan segala kemahiran yang kita ada untuk mencapai sesuatu yang lebih baik lagi, In Shaa Allah good thing will happen.


Kalau nak dapatkan income RM15,000 dari jobdirumah, nampaknya saya kena jual at least 600 panduan jobdirumah :D 


Sebabnya komisyen untuk satu jualan ialah RM25. 


RM25 x 600 unit = RM15,000 


Oh anda sudi bantu saya capai impian saya nak jual 600 unit panduan jobdirumah? 


Boleh klik sini untuk buat pembelian ya.


Kesudian anda bantu saya, saya ucapkan ribuan terima kasih. 

  

 





 

Saturday, November 14, 2015

Berapa belanja untuk makan jika tinggal di Kuala Lumpur?


Perbelanjaan untuk makan adalah salah satu perbelanjaan terbesar selepas belanja untuk rumah, kereta atau pengangkutan. 


Manusia... hari-hari perlu makan. Kalau tak makan... laparlah. Bila lapar, badan jadi lemah. Bila lemah, macam mana nak buat kerja? 


Jadi.... andai kata kalau anda tinggal di KL, berapa ya belanja untuk anda makan? 


Hmm... kisah dia begini. Pagi tadi, saya singgah makan di kedai mamak. Saya order

- Mee goreng 1 

- Roti kosong (roti canai) 1 

- Nescafe ais 1 

- Nescafe panas 1 

.

..

Jumlah kena bayar? Semua sekali RM9.50


Untuk sarapan pagi je, hampir RM10 habis dibelanjakan.  Ini hidangan untuk dua orang makan ya. Bukan untuk saya seorang sahaja. Saya dah berkeluarga ma~~


Kalau makan tengahari pulak? 

  
Biasanya saya akan makan nasi campur. Untuk dua orang makan, selalunya dalam RM17, RM18, atau RM19... Itupun cuma order ais kosong dengan satu air manis untuk air. 


Andaikan biasanya saya kena bayar dalam anggaran RM18 untuk dua orang makan kalau makan tengahari. 

Pecahan dia lebih kurang macam ni. Sepinggan nasi lebih kurang RM7.50


Hidangan merangkumi nasi, lauk sama ada ayam atau ikan, dengan sayur. RM7.50++ 


Dua pinggan sebab dua orang makan dah jadi RM15. 


Air RM3. 


Jadi jumlah keseluruhan setakat ni untuk dua orang makan... 


Sarapan + Lunch 

RM9.50 + RM18 = RM27.50 

.

..

Fuh ni belum masuk makan malam lagi ni. 


Ok kalau kat tempat saya ni, dekat Desa Tun Razak, ada medan selera. Restoran Abg Burn kalau tak silap nama tempat tu. So far, ni tempat makan paling murah untuk makan malam. 


Tempat ni, jual nasi goreng baru dalam anggaran RM4.00 - RM6.50 sahaja. Tak terlalu mahal macam kat tempat lain. 


Nasi goreng kampung atau nasi goreng biasa masih lagi RM4.00 


Jadi kalau nak jimat, ambik yang macam tu je.


Untuk dua orang makan, biasanya saya kena caj dalam RM15 - RM16. Tak pernah lebih dari tu.


Katakanlah, saya ambik RM16. 


Jadi berapa dah kena bayar sekarang ni hanya untuk belanja makan DALAM SEHARI? 


Sarapan + Lunch + Dinner 


RM9.50 + RM18 + RM16 = RM43.50

 
WoW !!!!!!


Kos untuk makan sehari je dah dekat-dekat RM50!


Dalam sebulan berapa pulak kos makan? 

RM43.50 x 30 = RM1,305


Dahsyat tak? 


Kalau nak ambik hidangan yang sempurna, ada makan sarapan, makan tengahari dan dinner, dalam sebulan kena siap sedia untuk belanja RM1,305


Ni pun bukannya makan makanan yang sedap-sedap, atau makan kat restoran yang mahal pun. Makan kat kedai tepi jalan je. Pun dah mahal macam ni... 


Ada ke cara nak berjimat? 


(1) Masak sendiri... 

Ok pada saya, masak sendiri tidaklah sejimat yang disangkakan. Kena ambil kira belanja untuk beli gas, minyak, rempah, cili, bawang, sayur, bahan mentah dan macam-macam lagi. Masa nak masak lagi. 


Akhirnya, sama ada ia jadi lebih kurang, atau kalau dapat jimat pun cuma jimat berapa la sangat. 


Bila ambil kira faktor masa penyediaan makanan tu, jadi tak berbaloi. Dah penat-penat kerja, ada masa lagi nak masak? 


(2) Tak payah makan

Tak payah lunch! Waktu pagi bila sarapan, terus makan makanan yang berat terus. Makan nasi. Kalau makan nasi boleh tahan sampai ke petang. 


Petang tu pulak makan untuk malam.


Bolehlah bertahan  sampai ke pagi esoknya. Ulang lagi rutin harian yang sama. 


(3) Berpuasa 

Hanya perlu makan sedikit sahaja ketika sahur dan semasa berbuka. Orang yang berpuasa, nafsu makan je yang naik, tapi hakikatnya badan kita tak perlu makan banyak apabila berpuasa.


Jimat atau tambah saluran pendapatan? 

Benda ni saya cerita banyak kali dah. Sampai masa, strategi nak jimat cermat dah tak boleh pakai. 


Mampus kita kalau asyik nak berjimat. 
  

Suka atau tidak, kena tambah pendapatan jugak. Lihatlah, kos untuk makan yang saya sendiri alami, sehari je boleh habis dekat-dekat RM50. 


Itu belum masuk belanja untuk parking, petrol dan sebagainya. 


Mungkin kalau diikutkan, lebih lagi jumlah yang perlu kita tanggung. Dahsyat kan. 


Sebab tu la... saya melihat perlunya setiap orang ada kemahiran untuk buat duit hanya dari rumah. Dengan cara bekerja dari rumah. Saya memilih untuk bekerja dari rumah dengan bantuan Jobdirumah.


Sebenarnya ada banyak lagi "majikan" yang saya ada. 


Asalkan boleh buat duit dan halal, memang saya akan buat. Bukan saya suka-suka nak buat, tapi TERPAKSA. 


Sekarang. Nampak tak... kenapa ramai orang kita terjebak dengan masalah hutang, ada hutang tak mampu nak bayar, dan sebagainya. 


Kadang-kadang tu, hutang bukan banyak mana pun. RM1,000 je... 


Tapi disebabkan nak makan pun MAHAL... macam mana duit yang ada nak digunakan untuk bayar hutang. 


Ok dah... 


Tak perlu nak tuding jaring kat sape-sape. Walaupun hakikatnya kita tau, apa yang menjadi punca kita hidup susah macam ni. 


Apa yang kita tau, mungkin sedikit sahaja. Realitinya, ia masih disembunyikan menjadi RAHSIA. 


Kita bersangka baik, dan kita berusaha setakat yang kita mampu. 


Anda mampu nak bekerja dari rumah? Kerjalah.


Kerja dengan Jobdirumah macam yang saya buat pun bagus. Janji ada kerja, dan janji ada pendapatan. 


Masalah tak akan selesai. 


Kitalah yang kena bangun untuk selesaikan masalah kita sendiri. Nak tunggu BR1M pun lambat lagi. 


Kita gunakanlah segala kemudahan dan pengetahuan yang dah sedia ada kat sekeliling kita.


Baiklah, kalau anda minat nak join Jobdirumah macam yang saya buat, boleh klik sini untuk daftar.


Dengan income yang anda akan dapat nanti, sedikit sebanyak bolehlah buat bayar makanan dan bagi makanan yang baik dan sedap-sedap untuk famili anda nanti.  


 

 

 
 
 

Perlu ke jadi blogger untuk mula bekerja dari rumah?


Baiklah. Soalan ini pernah ditanyakan oleh seseorang yang masih agak baru dengan budaya bekerja dari rumah.


Perlu ke seseorang yang nak bekerja hanya dari rumah mempunyai blog sendiri?


Bila dah ada blog sendiri, apa perlu buat seterusnya? Perlu ke dia menulis secara konsisten di blognya ibarat seorang blogger sepenuh masa?


Ok... 


Menjadi penulis blog adalah salah satu kaedah yang anda boleh lakukan untuk bekerja hanya dari rumah. Jika anda mempunyai strategi yang betul, anda sebenarnya boleh jadikan bidang penulisan blog sebagai karier UTAMA anda. 


Apa tidaknya, hanya dari tugasan semudah menulis blog, anda sebenarnya telah membuka peluang untuk buat duit menerusi 

1. Pengiklanan

2. Affiliate marketing 

3. Servis penulisan artikel review dan juga artikel advertorial 


... dan banyak lagi.


Sebelum anda ambil sebarang tindakan seperti nak daftar satu laman blog umpamanya, persoalan pertama yang anda perlu ambil kira ialah...


"Tahukah anda apa sebenarnya FUNGSI dan PERANAN sesebuah platform yang bakal digunakan?" 


Blog pada saya hanyalah medium komunikasi.


Macam laman web media sosial Facebook. Kita gunakan FB untuk berkomunikasi dengan masyarakat dan penduduk FB. Ia tak lebih dari itu. 


Ada ketikanya, kita akan sampaikan kepada pengguna-pengguna laman media sosial yang lain mesej tentang keupayaan kita dan apa yang mampu kita tawarkan untuk kebaikkan mereka. 


Salah satunya ialah "tawaran atau perkhidmatan yang kita boleh berikan, dengan sedikit upah." 


Jadi kat sini, tak semestinya anda perlu guna blog. 


Seandainya anda mempunyai lain-lain medium yang lebih aktif, sebagai contoh anda telah mempunyai satu laman fanpage yang telah pun mempunyai kredibiliti yang tersendiri, anda boleh fokus pada fanpage itu sahaja. 


Ataupun, kalau kita lihat pada individu yang mempunyai jaringan rangkaian profesional, mereka menggunakan medium seperti LinkedIn untuk berhubung antara satu sama lain dan untuk berinteraksi. 


Ya... jika anda selesa untuk berkomunikasi menerusi LinkedIn... ia terserah pada anda. 


Pada perkiraan saya, sebenarnya apa medium yang anda patut pilih untuk berkomunikasi kepada bakal klien anda sedikit sebanyak perlu ada kaitan dengan bidang perkhidmatan yang anda ingin dan bakal tawarkan. 


Pertamanya, saya ambil contoh situasi saya sendiri. 


Bidang perkhidmatan yang saya tawarkan adalah lebih kepada penulisan iklan, penulisan artikel review, dan artikel advertorial. 


Oleh itu, platform yang paling sesuai untuk saya gunakan dah tentu adalah medium blog. Ia lebih "dekat" dengan genre perkhidmatan yang saya sediakan.


Saya lebih banyak menjual dengan menggunakan bantuan medium blog. 


... dan kini, saya tawarkan kepakaran saya untuk menjual menerusi blog juga kepada usahawan yang minat untuk dapatkan servis dari saya. 


Dalam kes saya, sudah tentu saya WAJIB ada blog dan aktif menulis di blog-blog yang saya hasilkan.


Anda tak perlu menyandang title blogger jika mahu bekerja dari rumah. Hanya sebab anda menulis di blog, tak semestinya anda adalah blogger. In fact, anda tak perlu perkenalkan diri anda sebagai blogger jika anda tak selesa dengan title tu. 


Ibaratnya begini, Najib Razak juga sesekali akan menulis di blog nya. 


Adakah anda akan kata yang Najib Razak tu adalah seorang blogger? 


Ya... dia adalah penulis blog. Dia adalah seseorang yang menulis di blog. Namun dia bukan blogger. 


Dia menggunakan blog sebagai medium perantaraan untuk berkongsi dan berkomunikasi dengan masyarakat. 


Samalah dengan anda nanti. Blog yang bakal anda bangunkan, ia adalah medium untuk berkomunikasi. 


Namun... lama kelamaan, anda akan dapati fungsi blog anda akan berkembang. Ia tidak lagi terhad kepada medium komunikasi pada masa itu, sebaliknya ia akan berkembang menjadi medium ekspresi diri, medium penjanaan pendapatan, dan medium pembinaan jenama. 


Inilah sebahagian daripada perkara yang anda bakal pelajari dan alami sendiri dengan lebih mendalam apabila anda ingin bekerja dari rumah dengan lebih aktif. 


Tetapi, untuk permulaan, ada baiknya anda timba pengalaman dari Panduan Jobdirumah ni terlebih dahulu.


Kalau terus nak melangkah ke peringkat yang lebih Advance... nanti anda pulak yang pening dan tak tau nak buat macam mana. Jadi baik mula dari peringkat yang lebih basic. Yes?        







 

Thursday, November 12, 2015

Bersikap TERBUKA dengan peluang-peluang kerja dari rumah


Sepanjang saya bekerja dari rumah, saya dapati tindakan untuk terlalu memilih pekerjaan adalah sesuatu yang boleh makan diri. 


... dan ya, konsep ini juga sebenarnya tak jauh beza dengan bila kita ingin bekerja dengan mana-mana syarikat dalam mana-mana industri di luar sana. 


"Jangan terlalu memilih kerja." 


Nasihat seperti ini akan kita berikan kepada graduan yang masih belum berjaya untuk mendapat sebarang pekerjaan.


Sebenarnya nasihat yang sama juga terpakai untuk mereka yang merancang untuk bekerja dari rumah. 


Baiklah, dari pemerhatian saya, adalah tidak wajar jika anda hanya ingin fokus pada satu bidang kerja semata-mata jika anda ingin bekerja dari rumah. 


Situasinya begini, ada ketikanya, sesuatu pekerjaan tu kita boleh siapkan dalam masa yang cukup pantas. Boleh jadi, dalam masa dua jam dah boleh siap satu tugasan. Saya ambil contoh jika job menulis artikel misalnya.


Masa yang saya perlukan untuk tujuan research biasanya adalah sekitar 1 jam. 

 
Kemudian, bila saya dah ada semua bahan yang diperlukan, saya akan peruntukkan lagi 2 jam untuk menghasilkan satu artikel. Dua jam ini termasuk proses untuk edit artikel. 


Nah... dalam masa 2 - 3 jam siap satu tugasan. Namun begitu, jika hanya mengharap pada satu bidang kerja ni sahaja, sedangkan kita ada masa kerja yang begitu panjang, maknanya kita telah pun mensia-siakan masa yang kita ada.


Maka atas sebab itu, saya akan pelbagaikan lagi dengan lakukan tugasan-tugasan lain. 


Baru-baru ini saya menerima satu lagi tugasan baru untuk menjadi ejen promosi bagi syarikat Telco OneXOX menerusi kumpulan OneXOX Center


Anda boleh klik sini untuk lihat laman web syarikat.  


Tugasannya tidak sesukar mana, dan kebetulan saya sendiri ada pengalaman mempromosikan produk-produk dalam bisnes telekomunikasi khususnya produk simkad. 


Cara kerjanya SAMA sahaja. 


Apakah peluang kerja dari rumah yang TERBAIK? 


Soalan ini pastinya pernah ditanyakan hampir semua orang yang berhasrat untuk bekerja dari rumah. 


Sebenarnya... peluang kerja dari rumah yang TERBAIK adalah pekerjaan yang anda sendiri MAHU LAKUKAN.



Saya boleh cadangkan macam-macam peluang kerja, antaranya 

1. Jobdirumah 

2. Affiliate program 

3. Bisnes Emas PowerGold 

4. Tone Excel 

5. OneXOX 

... dan banyak lagi. 


Namun kalau anda sendiri tak sudi dan tak mahu lakukan atas sebab-sebab tertentu yang anda seorang sahaja yang tahu, maka ianya akan kekal sebagai senaraian yang tak membawa sebarang erti bagi anda. 


Bersikap TERBUKA dengan peluang-peluang yang ada di sekeliling kita 

Saya percaya, dewasa ini tak ada siapa yang akan bantu ubah nasib kita jika kita sendiri tak ambil tindakan untuk ubah nasib kita sendiri. 


Nak harap pada kerajaan? 


Maaflah. Saya tak nak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, sebabnya kerajaan yang sama ini lah yang telah mengkucar-kacirkan keadaan kewangan saya sejak 1 April 2015. 


Bermula dengan perlaksanaan GST, kenaikkan harga minyak, penghapusan subsidi minyak, kenaikkan harga tol dan macam-macam lagi. 


Malahan, dalam pembentangan bajet untuk belanjawan 2016, golongan sasar yang disebutkan rata-rata adalah mereka yang sama ada bekerja dengan kerajaan, ataupun bekerja dengan syarikat swasta. 


Seolah-olah menidakkan golongan freelancer yang bekerja sendiri hanya dari rumah seperti saya. 


Jadi, nak atau tidak, kenalah jadi lebih radikal dan rebut seberapa banyak peluang-peluang untuk buat duit yang ada di depan mata. Tak mahu lagi terlalu berharap pada keajaiban kerana saya percaya, jika nak berjaya bekerja hanya dari rumah, kita sendiri yang kena cipta keajaiban tu. 


... walaupun ada ketikanya, kita sendiri meragui kemampuan diri kita sendiri.


Anggap setiap projek sebagai klien yang berbeza 

Ini yang saya amalkan. Setiap projek mewakili klien yang berbeza, dan asalkan kita buat kerja dan berjaya accomplish apa yang di syaratkan oleh klien, kita pasti akan dapat habuannya. 


Tak kiralah sama ada ia datangnya dari syarikat emas, syarikat telco, mahupun orang persendirian. Ambil sahaja peluang yang mendatang tanpa sikap prejudis. Asalkan kita sendiri tau apa kemampuan diri kita. 


Sistem 1 Majikan? 

Secara peribadi, saya kurang yakin dengan sistem 1 majikan sahaja, jika kita ingin bina pendapatan dan mewujudkan portfolio kewangan yang benar-benar kukuh. 


Lihat sahaja golongan-golongan yang kaya dan berjaya kat Malaysia ni. 


Sama ada mereka ni ahli politik ataupun ahli perniagaan. 


Saya perhatikan, mereka ni rata-rata jadi ahli lembaga pengarah di dua atau tiga syarikat yang berbeza dalam satu-satu masa. Mereka juga menjadi penasihat dalam dua atau tiga syarikat. 


Ada yang mempunyai syarikat sendiri.


TETAPI... 


Bila sampai golongan orang bawahan macam saya, tiba-tiba syarikat mensyaratkan saya hanya boleh kerja dalam satu syarikat sahaja?! Ini adalah tindakan paling bodoh yang saya percaya, tak ada yang akan jadi kaya kalau jadi kuli hanya untuk satu syarikat semata-mata. 


Kalau ada yang berjaya jadi kaya sekalipun, bilangannya entah hanya ada berapa orang sahaja. 


Anda masih ingin bekerja dari rumah? 

Sekiranya anda masih percayakan kemampuan diri anda untuk bekerja dari rumah, tahniah saya ucapkan. Anda memang KUAT. 


Walaupun saya katakan, kena bersikap terbuka, namun pada masa yang sama, kita juga perlu bijak mentafsir peluang yang datang. 


Bukannya semua peluang kita patut ambil, dan bukannya semua cabaran itu tak bagus. 


After all, peluang kerja dari rumah yang TERBAIK ialah, pekerjaan yang kita sanggup dan sudi untuk lakukan. 


Jika anda juga sanggup untuk jadi ejen bagi syarikat telco yang mempromosikan simkad murah, RM10 jer... maka bolehlah sertai team saya. Boleh klik sini untuk daftar secara percuma sahaja dulu.


Ok la, saya ada kerja lain nak kena buat. 


Selamat mencuba, dan semoga anda berjaya. 


Tindakan anda hari ini, In Shaa Allah dapat bantu anda menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.  


 




  

Tuesday, November 10, 2015

Bahagian PALING SUSAH apabila merancang untuk bekerja dari rumah



Apa yang terlintas di fikiran anda bila topik tentang bekerja dari rumah diperkatakan? Apa yang anda bayangkan? Apa perkara pertama yang bermain dalam fikiran anda? 


Bekerja dari rumah sebenarnya bukanlah sesuatu yang mustahil. 


Saya akan katakan ianya sedikit mencabar. Cabarannya juga tak kurang hebatnya berbanding apabila anda bekerja di pejabat. Jika anda menyangka, kerja dari rumah adalah lebih SENANG berbanding apabila anda bekerja di pejabat, think again.


Anda mungkin bercakap secara serkap jarang sahaja, ataupun sebenarnya anda bercakap berdasarkan teori semata-mata dan tak mempunyai pengalaman bekerja dari rumah. Jadi kali ini, mari saya nak kongsikan beberapa perkara tentang bekerja dari rumah yang mungkin agak jarang dibincangkan. 


Apa dia perkara paling SUSAH dan MENCABAR apabila ingin bekerja dari rumah?


Bagaimana cara anda menangani gangguan di tempat kerja? 


Apabila bekerja di pejabat misalnya, gangguan boleh jadi dalam bentuk rakan sekerja yang ajak bersembang atau bergosip, bos yang asyik bagi tugasan yang adakalanya bercampur aduk dengan hal kerja dan peribadi, bunyi deringan telefon yang tak henti-henti dan sebagainya. 


Apabila bekerja dari rumah gangguannya sedikit berbeza. 


Antaranya... 


Anak-anak 

Anak-anak pasti adalah insan paling gembira melihat ibu atau bapa sentiasa berada di rumah untuk melayan kerenahnya.


Kadang-kadang, mereka ni tak faham, masa yang kita ada dirumah, bukan semuanya untuk kita berseronok dan bermain dengan mereka semata-mata. Terdapat pembahagian masa untuk kita bermain dan untuk bekerja. 


Anak-anak yang masih belum faham, akan ganggu fokus kita untuk bekerja.


Ahli keluarga

Ibu, ayah, mak mertua, ayah mertua, pak cik, mak cik dan sebagainya... 


Mereka ni pun sama. Ada antara mereka yang tak faham kerja kita dan tak pernah cuba nak memahami apa yang kita buat. Mereka lihat, orang yang bekerja dari rumah sebagai individu yang menganggur dan tak bekerja. 


Hanya mengharapkan orang lain untuk cari duit bagi pihak mereka. 


Cabarannya kat sini ialah untuk berhadapan dengan mereka. Sekali mereka anggap yang kita sebagai "tak bekerja", memang agak susah nak perbetulkan mind set mereka.


Apa yang saya dapat katakan, mentaliti masyarakat kita masih lagi anggap bekerja sebagai "keluar dari rumah pada waktu pagi dan pulang ke rumah waktu petang." 


TV 

Bahaya. Jika anda buat kerja sambil TV terpasang, itu memang bahaya. Lagi-lagi kalau anda pasang channel yang menyiarkan rancangan-rancangan kegemaran anda. 


Macam saya sendiri, saya suka pasang channel FOX saluran 724. Memang agak susah nak fokus, lebih-lebih lagi kalau pada waktu tu cerita-cerita kegemaran saya sedang di siarkan. 


Bekerja dari rumah kena fokus pada bekerja 


Masalah ramai orang yang baru nak mula bekerja dari rumah ialah mereka gagal untuk fokus pada perkara yang sepatutnya.


Contohnya, bila ditanya pada seseorang itu kenapa nak bekerja dari rumah? 


Jawapannya yang bakal diperoleh mungkin adalah seperti 


1. Sebab tak nak di kongkong oleh bos

2. Sebab nak ada waktu bekerja sendiri

3. Supaya senang nak ambil cuti pada bila-bila masa 

4. Mudah nak jaga anak-anak 

5. Dapat jimatkan kos-kos dan perbelanjaan seperti transport, minyak dan sebagainya 


Namun hakikatnya, tak ada satu pun daripada perkara tersebut ada kena mengena dengan perkataan bekerja.


Hakikat sebenarnya, bekerja dari rumah memerlukan anda untuk BEKERJA. Bukannya fokus pada cuti, masa untuk diri sendiri, masa untuk bersama anak-anak dan sebagainya. 


Jika anda terlalu fokus pada hal-hal yang langsung tak ada kaitan dengan bekerja, maka akhirnya anda akan gagal bekerja dari rumah. Ia akan jadi, tidak bekerja langsung walaupun pada ketika itu anda telah pun berada di rumah. 



Gagal menyediakan rancangan persediaan bekerja 


Apa yang anda ingin capai pada satu-satu masa? 


Adakah anda ingin dapatkan 10 orang pelanggan untuk menjadi pelanggan anda di powergold dalam masa 30 hari? 



Adakah anda ingin mendapatkan sekurang-kurangnya 20 sales untuk produk panduan jobdirumah


Adakah anda ingin dapatkan 30 tempahan advertorial?


Mereka yang gagal untuk merancang, tanpa sedar sebenarnya sedang merancang untuk gagal. 


Bekerja dari rumah bukannya something yang kita bangun dari tidur terus bekerja dan cukup masa terus dapat bayaran. No. Bukan macam tu. 


Ia merupakan satu aktiviti terancang dan penuh dengan strategi. Barulah peluang untuk dapat income itu jadi lebih cerah. 


Pecahkan perancangan kepada untuk dalam masa 30 hari, 7 hari dan juga daily planning. Setiap hari perlu accomplish sesuatu yang baru. 


Selesaikan isu FOKUS


Apabila bekerja dari rumah, akan ada banyak gangguan dan peluang yang akan muncul didepan mata kita. 


Ingat ini... 


Bukan semua gangguan yang datang itu buruk, dan bukan semua peluang kita kena ambil. Apa yang lebih penting sekali ialah, adakah anda mempunyai rancangan? 


Kadang-kadang peluang yang datang itu sebenarnya lebih baik ia dibiarkan berlalu pergi. 


Fokus sahaja pada satu perkara yang anda sedang usahakan. 


Kuasa fokus itu lebih kuat sebenarnya apabila anda tahu bagaimana nak menggunakannya.

 
Jika anda tak tau, kat mana nak mula bila nak bekerja dari rumah, cadangan saya, mulakan dengan dapatkan panduan jobdirumah ini.



 

Sunday, November 8, 2015

Terima bayaran komisyen berjumlah RM25 dari Jobdirumah


Baru-baru ni, pihak Jobdirumah telah pun membuat pembayaran komisyen sebanyak RM25 kepada saya. Bayaran ini adalah upah ataupun komisyen kerana telah membantu pihak Jobdirumah mendapatkan pelanggan baru yang berminat untuk menyertai program latihan bekerja dari rumah menerusi Panduan Jobdirumah


Ini dia bukti bayaran yang diterima

http://www.sabreehussin.com/komisyen-affiliate-jobdirumah-november-2015/

Saya juga ada tulis tentang bayaran komisyen ini di laman web ini


Bayaran komisyen yang saya terima ini adalah untuk usaha promosi yang saya jalankan pada bulan Oktober 2015. 


Sebab itu pihak Kliks Solution tulis kat situ JDR Oct2015. 


Kiranya, sebarang hasil daripada aktiviti promosi yang dijalankan, komisyennya akan dibayar pada bulan seterusnya. 


In Shaa Allah, doakan saya akan terima lagi bayaran komisyen seperti ini pada bulan-bulan yang akan datang ya. 


Pihak jobdirumah menyediakan panduan yang akan memberikan anda pendedahan dan pengetahuan bagaimana nak buat duit sebagai seorang freelancer hanya dengan bekerja dari rumah saja.


Panduan ini sebenarnya telah pun dibeli oleh beribu-ribu orang. 


Walaubagaimanapun, daripada ribuan orang yang dapatkan panduan ini, bukan semuanya yang ambil tindakan. 


Justeru, tak hairanlah kalau bukan semua orang berjaya buat duit dengan program ini. Hanya yang bertindak sahaja yang biasanya akan dapat habuannya. 


Jadi, jika anda ingin belajar macam mana nak buat duit di rumah, bolehlah dapatkan panduan Jobdirumah ini. 


Selepas dapatkan, anda perlulah buat tindakan susulan. Ikut seperti yang diajarkan. 


Ingat. Dapatkan panduan ini hanya apabila anda betul-betul serius nak bekerja. Bukannya dapatkan panduan ini untuk suka-suka atau sebab saja-saja nak belajar macam mana nak bekerja sebagai seorang freelancer. 


Kalau cuma nak belajar pun boleh, tetapi dari segi benefit, amatlah sedikit faedahnya nanti. Kalau niat utama anda sekadar cuma nak tau, bukan sebab serius nak bekerja, ada baiknya anda tak perlu dapatkan panduan premium seperti ini.


Buat sahaja carian secara percuma di laman web google. 


Apa pun, duit anda, semuanya terpulang pada anda. Kita cuma dapat kongsikan peluang kepada anda. Kalau anda sendiri tak mau nak bertindak, itu keputusan anda.   


baiklah, dapatkan panduan ini disini ya


Lepas ni In Shaa Allah, anda juga boleh buat duit hanya dari rumah. 

Thursday, November 5, 2015

Bekerja dari rumah untuk PowerGold pulak


Kali ini saya dapat "majikan" ataupun projek baru untuk tambahkan pendapatan hanya dengan bekerja dari rumah. 


Kena buat sales.  


Bila ada sales maka akan ada la upahnya. Kerjanya pun tak susah mana. Tak susah terutama sekali untuk mereka-mereka yang ada basic dalam bidang pemasaran. 


In Shaa Allah, segala ilmu-ilmu pemasaran yang saya belajar masa di Universiti dulu dapatlah saya amalkan. 


Anda yang belum tahu apa itu powergold, boleh klik sini


Bila dah faham, tak payah buang masa lama sangat, terus daftar sebagai ahli. 


Ok la, nanti kita cerita lagi pasal powergold ni ya. 


 

Tuesday, November 3, 2015

Contoh pendapatan dari Lazada: Hasil bila bekerja dari rumah


Tahukah anda, yang sebenarnya anda boleh bekerja hanya dari rumah untuk syarikat online Lazada? 


Jawapannya MEMANG BOLEH. 


... dan itulah yang saya praktikkan sepanjang beberapa bulan kebelakang ini. Saya mempelbagaikan lagi channel untuk saya tambahkan pendapatan. Salah satu channel pilihan saya ialah Lazada. 


Ini laman web Lazada jika anda masih belum kenal lagi laman web Lazada.


Pada 1 November yang lepas, nampaknya salah satu daripada kempen pemasaran yang saya buat berjaya menghasilkan jualan. 


Ini adalah screenshot pendapatan yang terhasil daripada Lazada. 

contoh income lazada


Saya nak cerita sikit tentang jadual diatas ya. 


Mula-mula sekali, ialah pada kolum TIME. 


2015-11-01 tu adalah merujuk kepada tarikh berlakunya transaksi. 


11:20:00 tu pula merujuk kepada waktu pukul berapa transaksi tersebut berlaku. 


Seterusnya ialah kolum PAYOUT, ini adalah bayaran yang bakal saya terima. Untuk makluman anda, bayaran ini adalah dalam matawang USD. 


Status tempahan ini masih lagi pending. Pihak Lazada akan ambil masa untuk tukarkan status kepada approved selepas beberapa hari. Biasanya selepas pelanggan terima produk yang ditempah dari laman web Lazada.


Inilah dia hasil daripada bekerja dari rumah mempromosikan produk-produk yang dijual di laman web lazada. 


Ianya tidak sesukar mana, namun pada masa yang sama, potensi pendapatannya juga tanpa had. 


In Shaa Allah, jika buat dengan serius, boleh dapat hasil yang lebih banyak dari ini. 


Doakan saya dapat buat duit lagi banyak dari laman web ini ye. 


 

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...