Wednesday, October 14, 2015

Selamat tahun baru 1437 Hijrah dari admin Jobdirumah Review Blog


Hari ni merupakan tahun baru. Kalau tengok kat kalender, pada hari catatan ni saya buat, sekarang ialah Awal Muharram 1437 Hijrah. 


Satu kebiasaan kalau tahun baru, mesti nak renew cita-cita, impian dan harapan. 


Saya ada banyak cita-cita yang dari dulu sampai sekarang masih lagi dalam status on the way. Serius saya tak bangga dengan pencapaian saya sekarang ni walaupun dalam masa beberapa tahun kebelakang ni, sebenarnya ada banyak jugak yang saya dah capai.


Salah satu projek yang saya usahakan, ialah projek buat duit dari rumah dengan jobdirumah.


 
Ya kali ni, tak boleh tidak saya kena do something untuk jadikan jobdirumah sebagai salah satu sumber pendapatan yang boleh dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. 



Nampak sangat, sebelum-sebelum ni, saya banyak sangat main-main dan terlalu mudah hilang fokus. Sepatutnya, kalau buat dengan fokus dan istiqomah, jobdirumah boleh dijadikan salah satu sumber pendapatan yang lumayan.  


Jadi nampaknya, sekarang ni saya terpaksa terima kenyataan. Apa yang dah berlalu pasti ada hikmahnya. Biarkan ia pergi dan mula rancangkan perjalanan hidup yang lebih elegan bermula dari sekarang. 


Kebetulan, dengan semangat tahun baru ni, mesti nak jadi lebih baik berbanding daripada tahun-tahun sebelum ni. 


Macam mana agaknya rasanya nak mula semula dari bawah ye? Nampaknya sekarang ni, saya perlu lalui semula perkara-perkara seperti ini. Kena bermula semula dari bawah ibarat macam sebelum ni saya tak pernah ada apa-apa. 


Kalau dapat diputarkan masa, mungkin saya dapat perbetulkan banyak perkara dan buat dengan lebih baik lagi. Ah... manusia... memang begitulah caranya. 


Selagi menyesali dengan hal-hal yang dah berlaku pada masa silam dan yang tak mungkin kita nak kembali ke masa tersebut. 


Mujurlah, kita masih ada masa depan, yang boleh kita harapkan untuk lakukan yang terbaik. 


Jadi, memandangkan ini artikel yang pertama tentang jobdirumah yang saya siarkan dalam blog ni, maka In Shaa Allah, dari masa ke masa, saya akan tambah lagi banyak-banyak perkongsian yang mungkin bermanfaat buat para pembaca sekalian. 


Harap-harap korang semua dapat luangkan sikit masa untuk baca apa yang saya kongsikan tentang konsep bekerja hanya dari rumah dalam blog ni nanti ya. 


Sokongan anda semua, saya dulukan dengan ucapan terima kasih. 


Andaikata anda berminat nak sertai dan pelajari bagaimana cara nak bekerja hanya dari rumah, bolehlah dapatkan panduan jobdirumah ni. 


Sekurang-kurangnya selepas ini hidup anda tak lagi akan diselubungi dengan misteri! 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...