Thursday, October 22, 2015

Kerjaya sebagai penulis iklan advertorial untuk Lazada


Anda pernah dengar kerjaya sebagai penulis iklan advertorial


Kalau tak pernah dengar ataupun ini merupakan kali pertama anda dengar tentang kerjaya ini, kali ini saya nak cerita tentang kerjaya tersebut. 


Ya untuk dua atau tiga bulan kebelakang ni, saya bergiat secara aktif untuk menjadi penulis iklan bagi pemilik-pemilik perniagaan yang ingin mengembangkan perniagaan masing-masing dan ingin memperkenalkan perniagaan mereka ke satu peringkat yang lebih baik.


Satu persamaan bagi orang yang berniaga atau bekerja sendiri ini ialah, mereka selalu tak ada masa. 


Pertama, mereka tak ada masa nak menulis tentang perniagaan mereka sendiri. 


Kedua, mereka tak pandai nak hasilkan satu cerita yang menarik tentang perniagaan mereka sendiri. Untuk belajar cara menulis dengan baik.... sekali lagi, mereka terpaksa akur, bahawa mereka memang tak ada masa nak buat semua benda ni. 


Mereka terpaksa terima hakikat ini. Mahu ataupun tidak, mereka terpaksa dapatkan khidmat individu seperti saya untuk bantu mereka menghasilkan penulisan untuk mewar-warkan perniagaan mereka.


Pada mulanya, saya agak berat hati nak tawarkan servis sebegini. Selepas lama fikir... akhirnya saya come out with this decision. Why not...


Lagipun, saya buat semua ni bukannya secara percuma. 


Anda boleh lihat di laman web ini, berapa caj yang saya kenakan untuk dapatkan perkhidmatan menulis artikel advertorial dari saya. Ianya tidaklah semahal mana... itu pun kalau anda bijak menilai manfaat yang bakal anda perolehi di masa akan datang. 


Baiklah... apa saya buat ketika saya tak ambil sebarang tempahan untuk menulis artikel advertorial bagi pihak klien? 


He he ini projek yang saya berikan keutamaan yang serius. 


Saya fokus untuk jadi penulis artikel advertorial bagi laman web Lazada.


Anda tak pernah tengok laman web Lazada ke? Boleh klik sini untuk lihat laman web Lazada.


Saya melihat, dari laman web ini terdapat terlalu banyak peluang untuk saya latih skil penulisan saya. 


Ada pelbagai produk dari pelbagai genre yang saya boleh jadikan sebagai target practice.


Bagaimana saya nak tau, sama ada saya telah berjaya sebagai penulis artikel iklan advertorial? 


Jawapannya adalah ketika saya berjaya menghasilkan jualan. 


Di saat ini, saya sedang mengumpul jualan di Lazada. Jumlahnya masih belum cukup banyak, namun hasil yang diperolehi sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati saya. 


Sebab saya percaya, lagi banyak saya practice, lagi tinggi peluang untuk saya jana pendapatan. 


Semua ini boleh dilakukan hanya dari rumah. 


Setidak-tidaknya saya dapat lihat, program jobdirumah yang saya join sebelum ni, melatih saya untuk jadi lebih kreatif untuk buat duit dari rumah


Anda pun patutnya boleh jadi macam saya. Oh sepatutnya anda boleh jadi lagi hebat dari saya! Itu baru betul. 



    


 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...