Sunday, October 18, 2015

Bercucuk tanam di Alam Siber dan bekerja dari rumah


Kita hidup dalam satu zaman yang memerlukan kita untuk berusaha dua atau lima kali lebih kuat berbanding nenek moyang kita. 


Saya teringat pada zaman-zaman datuk nenek kita, yang mana pada waktu tu, walaupun dari segi lahiriah, mereka kelihatan begitu susah dan daif sekali, namun dalam kesusahan mereka tu, 


1. Mereka mempunyai tanah untuk aktiviti pertanian 

2. Mereka ada rumah sendiri dan tak perlu nak menyewa 

3. Barang kemas pasti ada jika tak banyak sekalipun 


Apa yang "ada" pada diri mereka boleh diturunkan ke generasi seterusnya, hinggalah tiba ke satu generasi, ia tak dapat diwarisi lagi kepada generasi seterusnya. 


Ya... susah-susah mereka sekali pun, nampak miskin macam mana sekalipun, mereka sebenarnya hidup berkali ganda lagi baik daripada apa yang sebahagian daripada kita miliki.


Kerja-kerja yang mereka lakukan amat teratur. Paginya bekerja di kebun-kebun, dan tengahari begitu, pulang ke rumah. Tak perlu pun nak susah payah nak bekerja dari rumah.  Kita mungkin tak begitu bertuah seperti mereka. 


Entah di manakah agaknya silapnya. Saya berpendapat, kita tak seharusnya terlalu mengharapkan pada tuah dalam hal ini. 


Aspek kewangan dan pembangunan ekonomi memang agak jarang dibincangkan.


Kalau kita lihat, situasi di media-media sosial juga begitu. Masyarakat kita lebih cenderung untuk membahaskan perihal-perihal dan perkara-perkara yang kurang memberi faedah kepada orang ramai atau masyarakat umum. 


Hal mengenai artis, kehidupan pada selebriti dan juga perihal tentang ahli-ahli politik dan betapa bodohnya tindakan dan percakapan mereka apabila membincangkan sesuatu isu. 


Kita terlalu banyak sangat didodoikan dengan perkara-perkara tak penting, hinggakan masa kita berlalu begitu sahaja tiada sebarang penghasilan. 


Akhirnya, kedudukan ekonomi kita tetap tak berubah. Kita tetap terbeban dengan masalah hidup, dan buat mereka yang sedia menanggung hutang, mereka tetap tak dapat lari dan bebas dari hutang-hutang tersebut walaupun usia makin meningkat. 


Sebab itu, saya hasilkan blog ini. Semoga anda ada kesedaran untuk memajukan ekonomi diri dan bebas dari masalah hutang yang membelenggu. 


Masa yang anda ada ketika dirumah, elok digunakan untuk cari duit, daripada dibazirkan begitu sahaja. 


Saya sedang cerita tentang masa yang anda gunakan untuk layari laman-laman web media sosial, masa yang anda gunakan untuk lepak-lepak, masa yang anda gunakan untuk bual-bual kosong dengan kawan-kawan. 


Bukannya saya sedang merujuk kepada quality time yang anda gunakan untuk bersama keluarga, isteri dan anak-anak. Jangan salah faham dan jangan salah tafsirkan apa yang saya kongsikan ini. 


Orang dulu, pantang ada masa terluang, mereka akan bercucuk tanam supaya ada hasil di kemudian hari. 


Orang sekarang, majoriti ramai yang tak ada tanah. Namun, masa yang ada tak bermaksud boleh dibiarkan dan dibazirkan begitu sahaja. Masih lagi boleh digunakan untuk bercucuk tanam di alam siber. 


Buat kerja-kerja yang ditawarkan menerusi platform jobdirumah.


Dari situ, anda bina pengalaman dan cipta profil yang boleh dipercayai. Supaya masa akan datang, nanti anda akan mudah dapat kerja-kerja ataupun job yang bernilai tinggi.  


Hanya cara kita sahaja yang berbeza, tetapi tujuan kita masih tetap sama. 


Cuma janganlah sampai tersalah pilih, antara bekerja dari rumah dengan terlibat dengan sindiket penipuan yang beroperasi dari rumah ya. Ini pun nampaknya perlukan penjelasan yang lanjut juga nanti nampaknya. 



 





 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...