Friday, October 16, 2015

Berapa bayaran upah untuk bekerja dari rumah?


Dalam post kali ini, saya nak kongsikan serba sedikit perihal tentang buat duit pula. Kita join jobdirumah, sudah tentu sebab kita nak buat duit, betul tak? Kalau tak buat apa la kita susah payah nak join jobdirumah


Jadi, jika anda join jobdirumah dan ikuti apa yang diajar dalam modul-modul yang ditawarkan, bermakna anda akan bekerja dalam bidang-bidang seperti 

1. Penterjemahan 

2. Pengurusan data (data entry) 

3. Penulisan artikel 

4. Semakan dokumen 

5. ... dan banyak lagi. 


Sebenarnya terlalu banyak kategori dan bidang yang boleh anda pilih. Ianya bergantung kepada minat dan kepakaran anda. Apa yang saya senaraikan basically adalah apa yang saya pernah apply sebelum ni. 


Berapakah upahnya untuk kita mohon pekerjaan-pekerjaan seperti yang saya senaraikan tu tadi? 


Secara purata, upahnya adalah dalam julat 10USD - 50USD... 


Ada job yang menawarkan upah yang lebih tinggi, namun biasanya job tersebut juga memerlukan kemahiran yang tinggi juga. Jika anda memiliki kemahiran dan skil yang diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja tersebut, anda dipersilakan untuk memohon pekerjaan yang menawarkan kadar upah yang tinggi juga. 


Walaupun kadar upah kelihatan seperti terlalu murah, iaitu bermula dengan 10USD, namun satu yang anda perlu tahu ialah, kita beruntung kerana berada di Malaysia dan menikmati perbezaan kadar tukaran matawang antara RM dengan USD. 


Ketika catatan ini saya buat, kadar tukaran untuk 1USD adalah sekitar RM4++


Jadi, walaupun upahnya adalah 10USD, jika kita convert kepada matawang RM, ia masih lagi bernilai RM40++ 


Baiklah, itu kalau dalam contoh kita menerima tugasan daripada majikan yang berada di luar negara. Lazimnya kita memang akan berurus niaga dalam matawang USD.


Jika berurusan dengan majikan yang berada di Malaysia juga tak jauh bezanya. Sebagai contoh, saya menetapkan harga untuk penulisan artikel iklan sebanyak RM25 per artikel. 


Ianya tidaklah terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Masa untuk menyiapkan satu-satu artikel promosi juga tidaklah begitu lama. Dalam masa kurang daripada dua jam, dah boleh hasilkan sebuah artikel dan dibayar sebanyak RM25. 


Not bad jugak kan. 


Baiklah, apa yang saya ceritakan ini adalah jika anda nak buat job dari rumah dengan cara sendiri. Anda bebas nak buat begitu jika anda dah punyai pengalaman sendiri. 


Akan tetapi, kalau masih belum ada pengalaman, dan orang pun masih belum kenali siapa diri anda, ada baiknya anda dapatkan job menerusi platform jobdirumah


Daftarkan akaun jobdirumah anda disini


Selamat mencuba dan semoga berjaya! 


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...